Hurmmmm....
Kadangkala kita perlu menyendiri. Menyendiri untuk melihat apa yang kita lakukan atas kehendak hati. Kehendak hati yang kadang kala membawa bencana pada diri. Kehendak hati perlu di iringi dengan minda yang teliti. Masalah ada baik nya sebab masalah akan menjadikan aku lebih dewasa. Dari situ aku akan dapat melihat dunia dari satu sudut yang berbeza..
*Ayat kat bawah ni daripada sahabat aku. Dia suruh aku baca dan fahamkan.:)
***************************************************************************************************************
Ada masalah di dalam kehidupan bukanlah satu masalah. Masalah memang sudah menjadi sunnatullah di dalam kehidupan di kalangan insan. Yang menjadi masalah bukan masalah itu, yang menjadi masalah adalah orang yang tidak tahu peranan Tuhan. Tidak kenal Tuhan dan peranan-Nya itulah yang sebenarnya masalah. Jadi sudah jadi dua masalah. Apabila kita tidak kenal peranan Tuhan, masalah itu memanglah jadi masalah dua kali masalah.
Kalaulah masalah itu adalah jadi masalah, Kekasih Tuhan tidak akan di timpakan masalah.
Kalaulah masalah itu adalah masalah, Rasul, Nabi Tuhan tidak akan di timpakan mereka masalah.
Tapi tuhan datangkan berbagai bagai masalah kepada kekasih-Nya, Tuhan tahu pada mereka bukan masalah. Kerana itulah mereka ditimpakan masalah. Pada mereka masalah itu adalah ibadah. Masalah itu adalah pahala dan syurga. Masalah itu adalah kecintaan dan keredhaan Allah. Kerana itulah masalah itu mereka tidak dijadikan masalah. Bahkan mereka rasa bahagia dengan masalah.
Dengan masalah rasa kehambaan mereka bertambah.
Rasa kehambaan itu adalah ibadah kepada mereka, pangkat dan darjat di dalam syurga.
Oleh itu Tuhan sering sahaja menambahkan mereka itu dengan berbagai bagai masalah.
Tuhan bertambah cnta kepada mereka dengan masalah,yang mereka anggap itu bukan masalah tapi ibadah. Maha Suci Tuhan menyeksa kekasih kekasih Nya dan di akhir nya ganjaran menanti.
Orang yang bodoh sahaja yang tidak faham kerja kerja Allah. Pada tuhan masalah yang ditimpakan kepada kekasih kekasih Nya bukanlah masalah. Kerana itulah Tuhan biarkan sahaja mereka BERMASALAH !
Dengan masalah masalah itulah mereka dapat ketinggian darjat di dalam syurga.
Sungguh pelik kerja Tuhan, payah hendak di faham oleh orang biasa..
Dengan masalah masalah itulah mereka dapat ketinggian darjat di dalam syurga.
Sungguh pelik kerja Tuhan, payah hendak di faham oleh orang biasa..
***************************************************************************************************************
Terima kasih sebab kau cuba untuk menenangkan aku. Lepas aku baca apa yang kau bagi ini buat aku lebih kuat dan tersenyum. Semalamam aku membanjiri kelopak mata. Makin di pendam makin terseksa. Dah lama tersimpan akhirnya berjujuran juga..Ah! aku memang macam ni. selalu. Hati aku cepat terusik. aku benci diri aku bila aku ada masalah aku tak boleh jadi jiwa kental.
Cuba berlagak menjadi manusia sombong, tapi aku lemah.
Cuba berlajar bercakap bohong, akhirnya ketahuan juga.
Cuba menyembunyikan sesuatu perkara, akhirnya diketahui.
Lemah kan aku . Bukan aku tak cuba menjadi semua itu. Jangan salahkan aku. Janganlah. Pernah mencuba untuk menjadi manusia sebegitu sebab ingin mereka lihat aku tidak lemah..huhh! Boleh macam tu? sangat gila.
Aku bukan lah pelakon yang hebat. Aku tak mampu untuk berlakon. Tak mampu. Mak mengajar aku untuk menjadi seorang yang jujur dalam kehidupan. Bukan hipokrit semata mata. Jadi tak perlu lah aku menjadi diri orang lain.kan? haishh! kau silap besar syarina bila kau mahu mencuba untuk menjadi seperti manusia itu! astagfirullahalazim. jauhkanlah.
8 comments:
Allah beri ujian pada yang dikasihi-Nya. dr masalh kita belajar erti hidup. kalau asyik gembira je, bila nk belajar dr kesilapan kan? ^_^
masalah adalah perisa dlm hidop ^^
eh?? baru perasan.. bufday awak same dengan imah la!! tahun pun same !!
kita kembar.. hahaha
khalila >> ya.. betul tuh khalila. so kita kene ucapkan terima kasih pada masalah! hehehehe...
imah >> yekew? awak pun 4 february eh..wahh. tak apa lah tahun depan kita sambut besday sesama k..hihihi :)
saba ye
tade masalah ta sempurna hidop
ade masalah buat kite jadi lebih kuat
:)
terima kasih :)
katakan terima kasih pada masalah..hehehe :)
salam
lepak sini kejap
wasalam..
oke..lepak laa..hehehe...
Post a Comment