Followers

Thursday, November 24, 2011

Khas buat adik kesayangan

Assalamualaikum...

Walaupun agak terlambat nak wish tapi akak tetap nak wish kat adik. GUD LUCK UNTUK STPM k !! DO YOUR BEST !! Akak harap dengan peluang STPM yang adik ambik ni adik akan menara gading kelak. aminn. Belajar rajin rajin k. JANGAN NAK TENGOK UPIN IPIN JEKKK.. haishh. macam budak budak..

akak nak minta maaf tak jadi balik minggu ni. sekarang tengah sibuk. tak menang tangan di buatnya. Lagipun adik tengah exam so akak tak nak kacau. karang kalau akak balik , adik tak jadi belajar pulak. rindu adik sangat sangat ! rindu kat semua larh. rindu nak masakkan lauk yang sedap sedap untuk adik.. mesti adik rindu masakkan akak kan? BHAHAHAHA..

Mungkin akak balik lepas exam midsem. Kira akhir bulan 12 kot akak balik. Sebab banyak keja nak kena siapkan. Tengok lah kalau boleh curi curi masa akak akan balik k. Tolong kirim salam kat mak k. rindu semuaaaaa !! nahh gambar terbaru akak masa pergi JB hari tuh.. pewwiittt.. jangan jelesssss..hik3.




Gambar gambar yang lain akak upload kemudian k.. tunggguuuuuuu...
okay bye bye... 

GOOD LUCK 4 STPM !!
ADIK BOLEHHH !!! 

Friday, November 11, 2011

Ujian itu datang bukan untuk dikesali

Assalamualaikum.

Begitulah kehidupan ini. Kita sememangnya mencari jodoh yang terbaik buat diri kita, mencari dan mencari hingga kadang kadang kita tidak sedar ia mungkin sudah ada di hadapan kita. Kita mungkin lupa untuk bersyukur, lupa untuk menghargai apa yang kita miliki , sehinggalah bila ia bukan lagi milik kita, barulah kita menangisi kehilangannya. kan? :'(

Tidak semua orang bertuah, tidak semua orang memiliki apa yang di kehendakinya. Mungkin apa yang menjadi milik kita tidak secantik atau seindah milik orang lain, namun sekiranya kita bersyukur dan tahu menghargai, percayalah, mungkin itulah anugerah yang terindah buat kita :') Tidak semestinya apa yang kita  suka, itulah yang terbaik buat kita, dan tidak semestinya apa yang kita tidak suka itu, buruk buat kita. Sungguh, tiap sesuatu itu ada hikmahnya. Ujian itu datang bukan untuk dikesali, tapi untuk disyukuri atas hikmah yang tersembunyi. Subhanallah.


nota cena : Allah mungkin tak bagi apa yang kita nak, tapi DIA bagi apa yang kita perlukan :))

Saturday, November 5, 2011

Air mata itu

Jika kamu MENANGIS kerana lelaki, berhentilah dan cuba FIKIR kembali.. Adakah sebenarnya cinta dia yang kamu cari atau cintaNya? Adakah yang bertapak di hatimu betul-betul cinta sejati atau hanya kerana dia keluarkan KATA-KATA MANIS ? Benda manis pun ada tarikh luputnya tahu? Adakah insan seperti ini yang kamu rasa boleh MEMIMPIN kamu kelak? Boleh pandu BAHTERA keluargamu ke arah REDHANYA? Boleh MENYANYANGI kamu sepenuh hati, terima seadanya CACAT CELA ?

Kesat air mata itu...Sesungguhnya harga dirimu LEBIH PENTING, sesunggugnya harga AIR MATAMU lebih BERNILAI..Lebih BERHARGA jika dibazirkan untuk lelaki itu.. BERSABARLAH ! Berhenti menangis :'( , berhenti berharap pada yang tak pasti.. YAKIN dengan JANJI Allah.. Orang yang baik adalah untuk orang yang baik-baik dan kamu LAYAK untuk orang yang LEBIH BAIK :))



Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan terhiris ,
Tapi akan terasa INDAH setelah aku menyedari itu adalah sebahangian dari kasih Ilahi.
Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti diri ini :)

Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan yang lemah,
Tapi akan terasa INDAH setelah aku menyedari bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya,, Itu semua untuk memastikan diri ini sentiasa kuat dan tabah. syukur :)

Tidak MUDAH memberi, ketika diriku dalam kekurangan,
Tapi akan terasa INDAH setelah aku dapat membahagiakan orang lain,
Agar diri akan terasa lebih bahagia..Insyaallah =,=

Tidak MUDAH memaafkan ketika diri dibenci dan dihina,
Tapi akan terasa INDAH kalau itu adalah sebahagian daripada penyucian diri.
Agar diri ini Ikhlas dalam menggapai redha Ilahi.

Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika diri masih bersedih memirkirkannya,
Tapi akan terasa INDAH setelah menyedari itu adalah permulaan untuk kejayaan ku.

Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh,
Untuk mengecapi kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya.

Tidak MUDAH menghilangkan duka kerana kehilangan,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari...
Bahwa Allah telah meminjamkan kepada kita beberapa saat.

Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera,
Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur,
Dan menyedari itu adalah sebahagian daripada cara Allah meyayangi hambanya :')


Thursday, November 3, 2011

Bila rindu

Assalamualaikum .

Malam ni aku agak sedih sikit. Aku ni asyik nak layan sedih jek kan? huhh. Sebenarnya aku rindu dengan sahabat sahabat aku kat kolej tuh. Cuti sem pun dah nak habis. Isnin depan aku akan balik ke Seremban. Dan naik sem ni merupakan sem akhir aku. Aku sangat berdebar debar untuk ambil result nanti. Ya allah, perut aku hampir kecut bila lecturer aku cakap student MLT semua menurun. OMG!! Lagipun sem lepas memang aku banyak main main. Kuiz aku tak amek.Aku biarkan jek.HUHH. Konon berani mati larh kan. Sekarang aku kena larh tanggung risiko nyer. Aku harap semua subjek aku lepas untuk ke sem seterusnya. Aku tak nak repeat subjek weyh!! ishh. jauhkan lah. Sahabat sahabatku semua tolong doakan yang terbaik untuk aku k. :)

Okay. Aku nak citer sikit. Hari ni adik aku sangat eksyen dengan aku. Mentang mentang lah dia buat kek coklat kan. Aku nak rasa sikit pun marah. Nak tolong buat kek tu pun tak bagi. Kecoh satu rumah dengan suara adik yang macam pak cik yang jual ikan kat pasar tuh. Naik sakit telinga aku ni dengar dia membebel. Tak apa, esok memang aku kerjakan kek coklat dia tuh. Aku makan bagi habis..lalalalalala.. Tengok macam sedap. Pandai jugak adik aku buat kek coklat tuh kan. hihihi. Dah tak mahu puji lebih lebih nanti dia mengembang pulak..bhahahaha..opsss! Gambar kek coklat tuh aku upload esok k. Line berukband aku ni wat hal pulak.. So tak ada gambar entry aku ni..

Malam ni aku nak tidur awal sebab badan aku tak berapa sihat. Maklumlah cuaca tak menentu sekarang. Ok, sampai sini je lah entry aku malam nie. SELAMAT MALAM SEMUA SAHABAT SAHABAT KU.. 

nota cena : Aku rindu korang banyak banyak !! muaxhhh..



Wednesday, November 2, 2011

Saya memerlukan sahabat :')

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa.....
Kecuali diri sendiri tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran

Seorang sahabat, begitulah juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. 
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya..? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami. 
Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya. 
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan. 
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. 
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? 
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? 
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, 
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?

Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yang hanya bercerita.....
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat.....

Sebagai kekuatan.....
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. 

Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.....
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.....Kita tidak tahu.
Tetapi..... jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.....

RENUNGILAH...
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DI SEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA.....


 ~ketahuilah saya tak perlukan kawan tapi saya memerlukan sahabat~





nota cena : Maafkan diri ini kerana saya bukan sahabat yang diharapkan tapi saya sentiasa berusaha kearah itu. Subhanallah.. Saya amat merindui sahabat-sahabat saya semua :'(

Untukmu Adam dan Hawa

Adam...
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa...
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam...
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa...
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam...
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa...
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam...
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa...
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam...
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.
Adam...

Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa...
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa...
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.
Dan
Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.
Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.
Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.
Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.

Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.
Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.
Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.

nota cena : terharu bila aku baca ayat ni. sekadar untuk kita kongsi bersama :))

Tuesday, November 1, 2011

ke hujung dunia



Hai. kalau kamu kamu dan kamu mahu dengar lagu ni. sila stop kan lagu blog aku ni k. Lagu aku ada kat bawah sekali. Baru korang dapat dengar lagu nie. :) Lagu ni salah satu lagu feveret aku. :) Aku suka lirik lagu ni. Penuh makna bagi aku. teheee..

nota cena : tarikh hari ini sangat cantik. Kalau tarikh cantik tapi perangai tetap sama , buat apa kan? huhh.

ok lah bye bye..:)