Followers

Wednesday, August 3, 2011

PERJALANAN YANG PENUH HALANGAN

Assalamualaikum...

Sabtu lepas aku ada pergi jalan jalan dengan si mencit . Dah lama sebenarnya aku rancang nak pergi jalan jalan ke KL ni. Sebenarnya nak pergi photoshoot tapi di sebabkan dugaan yang macam macam hal,plan untuk photoshoot tu terpaksa di batalkan. Hampa jugak lah kan. Sampai sekarang tak dapat nak berposing posing. huhuhu.. OK. ikut dari plan asal memang nak pergi umah mak angkat si mencit @ zira nie kat kuala selangor! jauh beb tempat nie. Nak sampai kesana macam macam hal jadinya..Apa pun tak boleh! adehhh.. Pagi tuh aku punya excited bangun pagi pagi sebab nak gerak awal.Yela bab bab berjalan ni aku memang hantuh..cewah! Siap punya siap tetiba hujan turun dengan selebat lebatnya sampai pukul 12. Mak ai dalam hati dah gundah gulana jek..erkk.betul kew ayat aku tuh.hihi.Pukul 12 tuh nak tak nak memang aku redah jelah dengan zira nie sebab tak nak sampai sana lewat sangat. Sebelum keluar rumah tuh sempat lagi aku dengan zira bergambar untuk hilangkan frust sebab tak dapat gerak awal..



Oke.ni gambar aku sebelum nak gerak keluar. Lepas pada tuh kitaorang naik bas untuk pergi KTM. nekad untuk redah hujan.Lepas sampai KTM kami terus naik komuter. Komuter yang macam sardin beb. Mabuk giler tengok ramai orang dengan macam macam bahase dan perangai..aduhh..Mata aku memang sensitif bila keadaan sesak dengan ramai orang. Mulut aku memang menbebel jelah.Sumpah hati tak nak naik komuter lagi.Lagi senang naik bas. Sampai stesen kepong komuter boleh stuck! OMG ! panasnye hati aku..dah lah sesak + panas,boleh pulak komuter tuh wat hal. Nak kena tunggu sejam untuk komuter lain sampai.SORRY r..aku bukan jenis yang suka menunggu. Aku nekad untuk naik teksi untuk ke sungai buloh. Sampai sungai buloh,adik angkat zira suruh naik teksi lagi untuk pergi ijok! pehh..memang kayap r duit kat teksi je kan. Dah la jauh nak pergi cerakah tuh..Hurmm. last sekali kitorang cancel pergi cerakah dan terus pergi puncak alam dengan mendapatkan teksi..

Sampai puncak alam sepupu aku tak ada kat rumah. Dan aku tumpang kat rumah jiran sebelah rumah dia sampai lah dia balik. Jiran dia baik. Dia gelarkan diri sebagai ummi. Anak laki dia ensem wo! yela laki berdarah arab kan, mahu tak ensem! yaww..cet. gatai pulak aku nih..hahaha.apa pun tak boleh..Ummi tuh sangat baik,dia bagi kami makan sebab dia tahu kami tak makan nasi dari pagi. mase tuh dah pukul 6.30. memang lapar gila arh. Lepas makan aku dengan zira main dengan  anak ummi yang baby tuh. Comel sangat .
Pukul 8.30 sepupu aku balik dan aku pergi terus  umah sepupu aku. Lepas dah makan malam,kitorang siap siap untuk tido sebab letih sangat sangat..ZZzzzzzz

Keesokannya, kak long dila (sepupu aku) siapkan sarapan. bihun goreng dan cekodok pisang! sangat sedap cekodok pisang tuh. Aku tak pernah makan sebelum nie. kalau ada pun biasa aku tak makan. Mak aku pun tak pernah buat.! Masa tuh aku tanya zira "nape kuih nie hitam macam hangus ? " dan zira jawab " rupa kuih ni memang macam ni lah.tak pernah makan kew "  erkk..aku pun beranikan diri ambik dan makan. sekali makan. woww! sedap. memang berkali kali arh aku amek dan makan banyak banyak.hahaha..jakun sungguh!Tengahari pulak kak long bagi masak banyak.Aku paling suka asam pedas dan labu masak lemak tuh. Zira pun suka labu tuh..wahh ..bahagia nya..heheh.Lepas makan tengah hari siap siap untuk balik. sebelum tuh sempat main main dengan adam (anak kak long) dan bergambar dengan adam..adam sangat aktif ! hahaha.



adam main guling guling..



kak long hantar kami ke stesen kuang untuk naik komuter..huhu

menunggu komuter tiba.huh jenuh..
Huhh! banyak halangan untuk sampai sana.Macam macam dugaan tapi akhirnya sampai juga. Ni merupakan pengalaman aku yang pertama. Selama duduk dan belajar di seremban ni aku tak pernah lagi sampai kesana. Seremban ni pun tak habis aku nak berjalan jalan. apa apa pun sangat best.. Terima kasih pada kak long sebab layan kami dengan baik. Dan terima kasih pada kesayangan saya si mencit zira sebab ajar saya untuk berjalan jalan naik komuter.hahaha..ok2 sampai sini jek entry aku.. nipun adik aku pakse buat entry pasal ni sebab nak tengok adam punya pasal..hahaa. ok lah tata..:)

6 comments:

Anonymous said...

aitt sikitnyer pic adam.. bubuh la manyakmanyak meh..

Gadis Penawar =) said...

hahaha..letak sikit jew..kang loading letak banyak2..g tengok entry zira ade..

ezza haniza said...

hehe..comel ye awak!

Ukhtifarhana said...

nak teddy bear..hehe..

Gadis Penawar =) said...

ezza haniza : hehe..saya memang comel pown..hahaha..tapi awak lagi cute dari sayaaa...:)

Gadis Penawar =) said...

anna farhana >> hehe..nak eh? amek lah..huhuhu