Followers

Wednesday, November 21, 2012

Open new book. New Life !

Dulu selalu dengar cerita dari kawan-kawan ja apa yang mereka 'LALUI'..Dulu hanya mampu tengok dan bagi nasihat..La ni bila kena BATANG HIDUNG sendiri,baru tahu apa 'RASA' itu yang sebenar. Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul :') Hurmm, berpisah dengan seseorang kerana KEMATIAN tidak begitu menyakitkan, kerana dia menyayangi kita hingga akhir hayat dia. Tapi berpisah dengan seseorang kerana DI PERMAINKAN rasa macam diri yang di 'penghujung hayat'! 

Mulut manis madah berhelah. Rupa suci Brat Pitt pun kalah. Jumpa perempuan dahi licin mula nak tunjuk gagah. Padahal, habuk pun taraakk! So..pigidaahhh! Hiduplah dengan PENIPUAN. Kalau itu yang membahagiakn. Hiduplah dengan PERMAINAN kalau itu yg menyenangkan!! ;) Kalau jenis syaitan bertopengkan manusia. Bersumpah atas nama Allah pun sanggup asalkan tidak nampak cela di mata manusia. Awak bijak bicara,tapi awak tak bijak lakukan apa yang awak bicarakan. Awak tak rasa macam awak bermuka-muka? :) erghhh..

mungkin ada pepatah pernah mengatakan '' TERIMALAH DIA SEADANYA''.. tapi buktikan pada aku bahawa jika aku menerima kau seadanya itu berbaloi !!.. kerana waktu kau sudah memiliki aku.. kau masih mencari ihsan wanita lain.. kurang apakah diri ini?? maafkan aku jika aku tidak mampu memberikan seperti apa yang kau harapkan dari diri ini.. maafkan aku jika pertuturan aku tidak selembut bayu pantai yang mampu menyenangkan halwa telingamu.. maafkan aku jika diri ini hadir dalam dirimu hanya untuk hiasan semata... maafkan aku jika aku pilih untuk MENGUNDURKAN DIRI..:')

p/s : Aku menangis bukan sebab lemah, tapi aku menangis sebab dah TERLALU LAMA menjadi kuat :) 


fokus pada kerja dan masa hadapan. Itu lebih penting. Love my family until jannah. setiap apa yang dah jadi adalah pengajaran. Past is past. Dont look back! aku sentiasa menghormati hari hari masa hadapan aku. Allah perancang yang terbaik setiap hambanya yang sentiasa menerima akan qada' dan qadar Allah. Allahuakhbar! 

Tuesday, November 13, 2012

Berpanah petir kembali ='(

Hai Bulan, lihat sini di jari aku ada apa,
ini hati engkau yang semalam kau pesan,
untuk aku perhati-hati dan jaga-jaga.

dan itu, telah aku lakukan.

Hai Bulan, mari sini rapat sedikit pada aku,
ini masih berdarah, katamu, baru dikeluarkan,
untuk aku pertontonkan tiap saat peliharakan itu.

dan itu, telah juga aku lakukan.

Hai Bulan, dekat sini kerana aku ada tanya,
inikah hati engkau yang masih merah untuk disimpan,
untuk aku perhati pertonton buat selama-lama?

kerana itu, telah juga sudah aku lakukan.

Hai Bulan, jawab sini dan jangan engkau kaku,
ini yang kau sebut suci demiku apakah mainan,
untuk aku, kau olok-olok, bodoh-bodoh, batu-batu ?

kerana itu,telah juga sudah aku selesai lakukan.

ini di jari aku bukan hati merah berdarah suci,
cuma tembikar, bersalut getah manggis warnanya.
Lihat sini, mari sini, dekat sini, jawab sini.

kerana setelah sudah selesai aku lakukan semua,
ku mahu tahu mana sebenarnya KAU PUNYA HATI ?!!




Wednesday, November 7, 2012

Bulan Bijaksana =)


Dia lelaki.
Hadirnya tiada dinanti.
Perginya buat hidup terasa sunyi.
Walau bukan dicintai, dikasihi itu pasti.
Betapa singkat perkenalan kita tapi dia sudah melekat dalam satu sudut hati.

Betapa puakanya dia disebalik keramahan itu.
Terselit sejentik kesedihan dek orang yang disayangi melarikan diri.
Senyum tawanya sentiasa terselit dibalik tiap kata,
Menutup luka yang sudah buat jiwanya parah.

Kawan disisi mengelilingi memberi sedikit magis penawar hati.
Untuk dia membina kekuatan untuk bangun kembali.
Dia perlu bangkit dan menatap BULAN kesayangannya.
Perlahan berjalan sebelum kembali berlari merasai angin yang mendayu mengusapi diri

Ahh,dia lelaki.
Bisa saja buat hati beku sang gadis cair dengan olahan tutur manisnya.
Dengan kerdipan mata sepetnya.
Dengan perangai gila-gila serta puaka.
Mampu saja dan pasti ada yang memerhatinya dalam diam.

Bisa saja buat seorang sahabat yang kesedihan meletuskan tawa 
menggambarkan jiwa gembira.
Bisa saja dia buat seulas bibir mulus terukir senyuman kembali 
walau mutiara jernih masih mengalir di pipi.

Ahh,engkau lelaki.
Kawan tiap detikku.
Peneman saat ku perlu,
Lawan di medan pertarungan itu,
Kekasih gelap tika cahaya menghilang.
Betapa besar peranan kau di sisi kini,
Tanpa disedari kedatanganmu dulu yang tiada dijemput membuatkan kau sukar dilepaskan kini.

Kau lelaki.
Moga persahabatan kita takkan terhenti.
Walaupun kau sudah putih rambutnya.
Sudah tanggal semua giginya.
Beristeri lebih daripada dua.
Bertongkat sambil menggelek cicit pula.

Kumohon kau lelaki.
Agar tahap sindiran sinis dan gurauan puaka itu tidak akan hilang ditelan masa.
Semoga kita dapat berjumpa suatu hari nanti..
Ya..Suatu hari nanti.






Tuesday, November 6, 2012

Aku gadis gagah

Ketika kehidupan memberi seribu alasan untuk menangis, tunjukkan bahawa kita mempunyai sejuta alasan untuk tersenyum. Indahnya hidup bukan kerana seberapa banyak orang mengenal kita, namun seberapa banyak orang bahagia kerana mengenal kita. Kerana hidup yang penuh inspirasi ialah hidup fokus pada saat ini dan tidak menghabiskan tenaga mengenang masa lalu dan menyesal dan menyalahkan. Anggap semua yang berlaku sebagai satu pelajaran yang membuat siapa kita hari ini. Masa lalu bukan penentu siapa kita pada masa akan datang. Dia yang dulu hanya sejarah. Dia yang sekarang mungkin masa depan. Bersyukur dan menghargai. 

Mereka yang tabah adalah mereka yang mampu tersenyum diwaktu pagi seperti dia TIDAK menangis SEMALAM. Yakinlah walau sakit nya terlalu, nanti KEMANISANNYA juga akan berganda. Terimalah kesusahan yang sedikit demi kebahagiaan yang lebih baik dan abadi. peace. 



     Cerita parut takkan terfaham oleh siapa-siapa. Disimpan sakit, di ludah tiada mengerti.
     Makanya di jilat saja. Pengalaman mendewasakan, bukan semakin membutakan .

Monday, October 29, 2012

Mereka itu kejam

Aku simpan seranahmu dalam liang telinga,
dengan harap yang aku gunungkan dari sebutir zarah hati,
semoga diciptakan tuhan suatu hari nanti untuk aku,
ambilkan semula dan paksa kau jilat kembali.

Aku pegang cacianmu dalam salur kerongkong,
dengan mimpi yang aku campingkan dari secebis ngilu,
semoga dikenankan tuhan suatu hari nanti untuk engkau
dapatkan semula dan kunyah setiap satu persatu.

Kerana bahasamu yang kau pinjam dari iblis itu,
terlalu indah bunyinya sehinggakan aku mahu sekali,
simpankan dan pegangkan sehingga suatu masa
yang kau jilat dan kunyahkan dengan hina.

Kerana aku tidak reti untuk mati,
semata mata untuk lidah yang kau sewa dari neraka.

Kerana aku tidak akan mahu mati,
selagi yang benar tidak memberi aku syurga.



Monday, September 17, 2012

Marathon Raya 2012

Assalamualaikum =)

Pada mulanya aku menyangka raya pada tahun ni adalah raya yang paling worst bagi aku. Aku tak rasa langsung kehangatan raya pada tahun ni. Mungkin salah satunya aku sibuk dengan praktikal sehingga kelengkapan raya langsung aku abaikan. Baju raya pun aku beli pada malam raya. Sepangjang kat muar aku tak dengar langsung lagu lagu raya. Kalau kat seremban hari puasa kedua dan ketiga dah memekak lagu lagu raya kat sini (over pulak kan) huhu.. TAPI sejak adanya MARATHON RAYA 2012 aku nak tarik balik kata kata aku..Raya tahun ni paling best woii.. kenangan aku dengan kawan kawan sekelas. setelah LIMA BULAN terpisah disebabkan praktikal. Satu perkara yang kami mempunyai persamaan adalah "kaki jalan" lagi jauh perjalanan itu,lagi fun !! Banyak kenangan tercipta. Ini adalah tahun akhir untuk kami serapat ini. Lepas ni mungkin masing masing mempunyai kehidupan masing masing..sobbss!

Marathon bermula dari Batu Pahat - Segamat - Gemas - Bukit rokan - KL dan Nilai. Kami berMarathon raya selama dua hari. sangat penat tapi memuaskan! thankssss so muchh! ok, biarkan gambar berbicara. yihaa.





BUKTI mereka semua sampai rumah aku oiiii..hahahaha.. seronoknyaaa! 








bersama cik anisa. kami selalu bermain minda. i loikee ur opinion bebeh..muaahhh.








boleh dijadikan cerita pada gambar ni. seolah olah aku menahan kentut, seterusnya melepaskan keledakkan dan burssttttt.. dan kak ika merasai kenikmatannyaa..wowww..fantastik bebeh..kui kui kui..

harharhar. ok done! raya tahun ni paling superb ! thanks korang semua sanggup datang kampung halaman ku, dan kita berjimba jimba bersama. sayang sahabat :'( pasti merindui gurauan kasar halus lembut belaian manja manja itu semuaa. ukhwah fillah abadan abada :)

p/s : Boleh kLik pada gambar untuk pembesaran. itu saja.hihi


Monday, September 10, 2012

Berdoa :')

Ya Allah, kuatkan diriku ketika sedih dan susah. 
Berikan aku petunjuk untuk membezakan kebaikkan dan keburukkan ketikaku memerlukan jalan kebahagiaan.
Jadikanlah aku manusia yang semakin tabah untuk mengharungi hidup yang mendatang.

Amiin ya rab..





Sunday, July 15, 2012

kusut yang terancang

Takkan ada apa.
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa,
bikinlah apa,tetap kau terbang.

takkan ku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,
takkan ku suruh apa apa =)

takkan ku izin tubuh dibuka,
takkan ku pamer reput di dada,
takkan ku rebah,
takkan ku goyah,
takkan ku biar tubuh didarah.

cuba untuk menjadi gagah ,
tapi dipaksa untuk menangis.

kejam.


Saturday, May 19, 2012

Pantang perempuan selain pantang lepas bersalin,adalah pantang ade orang KETIGA keEMPAT keLIMA dalam hubungan !!

Saturday, February 18, 2012

Rindu datang lagi

Rindu itu satu rasa yang kadang susah untuk diceritakan dengan kata kata mahupun dengan nukilan.. Kerana ia adalah satu perasaan yang kuat di dalam dakap dada.. Dan kadang bisa membuatkan air mata ini mengalir walau sekuat mana dan setabah mana seseorang itu..Walau dimana kita berada tika ini.. Pasti ada ruang untuk kita memikirkan dan terkenang akan satu kenangan yang pernah sama sama dulu kita harungi (:





Friday, February 17, 2012

ini bukan sindrom

Meningkat umur diperjalanan ini, semakin dewasa pemikiran dan perasaan. Sungguh, kehadiran cinta menggetarkan jiwa dan rasa. Tanpa perlu belajar, tidak perlu merujuk nota. Hadirnya tidak di undang, tetap melawat dan mendiam di hati insan.. lalalalala (:



Tuesday, February 14, 2012

suratan

Disebalik kesusahan ada kemudahan. Esok akan merekah bunga yang harum mengusir kesedihan menjadi penghibur hati (: .. Semakin jauh kita berjalan.. semakin dekat dengan kesabaran.. semakin yakin dengan keimanan.. semakin redha dengan kebesaran.. semakin hampir dengan tujuan.. semakin hampir dengan ketentuan. Asal niat suci dan ikhlas.. ALLAH pasti membalasnya



Saturday, February 11, 2012

Nasihat Wardina Safiyyah kepada remaja2


"Lelaki soleh itu bukan TANGGA yang dipijak untuk kejayaan wanita tetapi TONGKAT yang memandu arah menuju kejayaan dan PAYUNG dalam melindungi keaiban atau kekurangan wanita "

Friday, February 10, 2012

mimpi itu

Perjalanan hidup dalam cinta, pasti ada waktu suka dan duka. err.cinta lagi.puii. Kewajaran dalam menempuhi pun pasti ada detik-detik manis dan pahit. Tapi bila cinta kita tiada petunjuk,tiada kepastian,tiada penghujung ibarat cinta di alam mimpi. Hanya diri sahaja yang merasa keindahannya,hanya diri sahaja yang merasa bahagia.Sedangkan waktu sudah tiba pada penghujung mimpi, serasa tak ingin bangun dari tidur yang lena . Sayang kalau-kalau mimpi itu tidak akan sama berulang dan bersambung kembali. Yang menjadi kesudahan berharap pada yang tak memberi ^.^

Wednesday, February 8, 2012

sahabat hingga ke syurga


Sahabat adalah kekayaan sebenarnya. Hilang satu , bertambah miskinlah , bertambah sahabat bertambah untung laa.. Kita adalah yang beruntung sebab memiliki anda. 

Bersahabat hingga ke syurga..






Friday, February 3, 2012

Allah menguji keikhlasan apabila bersendirian. Allah memberi kedewasaan apabila ditimpa masalah. Allah melatih kesabaran dalam kesakitan. Dan Allah tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang, kecuali menggantikannya dengan yang lebih baik. :)


psst : Esok 4hb adalah besday aku. wahh aku dah 21 tahun.. teruja!

Saturday, January 14, 2012

Selamat ulang tahun yang pertama


HAPPY BIRTHDAY TO YOU !
HAPPY BIRTHDAY TO YOU !
HAPPY BIRTHDAY TO MY BLOG !
HAPPY BIRTHDAY TO YOU ! hahahaha...

Hari ni blog aku dah masok setahun.. horayyy !