Followers
Tuesday, December 20, 2011
Niat di hati nak melihat sesuatu yang indah semasa bersama, nampaknya itu hanya impian yang TAK NYATA
Monday, December 19, 2011
Hati kita terluka dan meninggalkan bekas terlalu lama.. Bahkan ada ketikanya, ujian hidup yang dilalui terasa begitu berat dan diluar kemampuan hingga kita kehilangan pendirian dan arah tuju.. Melihat akan kepayahan diri, memberi suram pada jati dan kita masih lagi begini..
Hilang di dalam samar ertinya kehidupan ~
Saturday, December 17, 2011
Lawatan Muzium Anatomi
Assalamualaikum...
Semalam aku dan pelajar Diploma Teknologi Makmal Perubatan (DTMP) ada pergi UKM. Kami ke sana untuk melihat isi isi muzium anatomi. Tapi agak sedih gambar tak dapat ambil banyak sebab atas sebab sebab tertentu. Yang dapat ambil ni pun gambar gambar curi..teheee..syutttt..
Ok. Masa kat dalam muzium anatomi, aku berasakan seperti aku berada dengan mayat yang masih hidup tetapi tidak lagi bernyawa,HAHA! Mengikut En Saiful Ridzuan yang memberi penerangan tersebut,segala bahan atau otot-otot yang berada di dalam ini adalah 90 peratus dari badan manusia sebenar yang meninggal dan tidak di tebus kembali oleh waris dan keluarga si mati dalam tempoh 2 minggu dari tarikh kematian.
Kebanyakan mayat dan organ yang terdapat di dalam ini adalah hasil daripada kajian para pelajar dan pegawai di dalam Hospital Universiti Malaysia tersebut. Mereka banyak menggunakan model sebenar dan banyak membuat spesimen yang benar-benar ketika di uji kaji. Mayat untuk di buat kajian dan spesimen ini adalah di ambil daripada Hospital Besar Kuala Lumpur sendiri.
Apa yang dapat aku lihat di dalam ini semua adalah benar dan membuatkan aku jelas terhadap apa yang aku belajar selama ini.Lepas tuh kami di benarkan melihat sendiri mayat yang sebenar dan menyentuh mayat yang sebenar. Di situ dapat melihat keadaan otot-otot dan kedudukan otot sebenar. Selain daripada otot,kami dapat juga lihat tulang-tulang manusia sebenar dan kedudukan tulang di dalam badan manusia.Kami juga di beritahu secara terperinci mengenai penghasilan dan pengawetan tubuh badan manusia di dalam ini.wahhh..sangat menarik taw.
Ini adalah salah satu contoh spesimen yang ada dalam muzium anatomi. Mengikut apa yang diterangkan baby ini berasal dari singapore. Ibunya meninggal excident. Bayi ini keguguran dan tidak di tuntut. Baby ini jika masih hidup tahun ini berusia 36 tahun.fuhhh.
![]() |
| Ini adalah bahagian-bahagian otak manusia yang di awet. |
| jeng! jeng! jeng! Mayat yang telah di awetkan..HOHO. Okay.. gambar yang lain kat dalam muzium ni aku tak dapat ambik. Nie jek yang sempat..heuheuehu.. |
Labels:
jom tengok mayat..huhu
Tuesday, December 6, 2011
p/s :
I'm SINGLE not because I don't pray for LOVE. I'm SINGLE because I don't play around with LOVE !!
Monday, December 5, 2011
Penangan Ombak Rindu
Ehemm ehemmm.. Hah aku baru balik rumah. Tadi pergi tengok citer Ombak Rindu ni kat terminal one. Ini adalah kali ke Dua aku tengok..huhuhu. Kali pertama hari tuh tengok macam tak puas kan. Kali kedua ni baru rasa puas sikit. teheee.. Dah tengok dua kali pun tetap sebak larh. citer ni sedih weyh.. Tersentuh hati aku. Aku suka lakonan aaron aziz dan lisa surihani. Aaron menangis buat hati aku cair beb. Aku suka tengok muka Lisa marah. Garengsss gilerzzz larh. Aku ni memang peminat aaron. Nasib lah si aaron ni dah kawen kan. Haishh! hihi.. Tapi paling aku suka tengok aaron belakon dalam citer Nora Elena.. aiyoo.. sangat sangat romantik woo.. I loikee!
Amacam korang? terpegun tak.. dOnt noty2 haaa.. he is mine..teheee.. cik anisa kamu jangan jeless yawww. Hari tuh chat dengan adik. adik cakap esok dia nak pergi tengok citer ni dengan mak. Wohohh.. tak sangka mak aku nak masuk panggung. serius terkejut. tak pernah nampak mak masuk panggung. Yelaa..Penangan citer ombak rindu ni kot. Sebelum ni dah baca kat novel dah. Kali ni ada citer dia pulak. mestilah nak tengok kan.huhu. Tapi bagi aku ,,aku lagi suka yang kat novel. sebab cerita dia detail sikit. Yang kat filem ni pun best jugak.. Aku suka lagu diaa. woow! tersentuh hati gadis aku ni.. ahakks! Okay laa ..ni je aku dapat kongsikan. lalalalalala..
P/s : Cik anisa ..hutang awak saya dah bayar k. jangan lupa hutang saya..Cokelat cadbury..aww aww.. :))
sayaaaa tunggguuuu... yawww.
Labels:
cucicucimatejela
Sunday, December 4, 2011
DEAR FUTURE HUSBAND
Assalamualaikum...
I dont want to be your GIRLFRIEND. I just want to be the one you call your WIFE. Your presence will give me happiness. You'll be my HALAL prince charming. Riding your horse of Taqwa. Holding onto the Quran in right hand and the Sunnah in your left. I hear you are worth the wait, so i will wait InsyaAllah. My heart belongs to no one, I just thought I should let you know. It belongs to Allah SWT and only Him. You will have to get lost in Him to find me and even then you will still have to rightfully become apart of my heart. Only through Him. What I'm trying to say is that WE have to get lost in Him to find each other. I hope you are up for the journey. I know I am.
Ehem Ehem ! Btw, aku ni bukanlah seorang gadis yang CEREWET dalam memilih PASANGAN HIDUP. Siapalah diriku ini untuk MEMILIH berlian sedangkan aku hanya SEBUTIR PASIR yang wujud di mana mana. Tetapi..aku juga punyai KEINGINAN seperti gadis lain, DILAMAR lelaki yang bakal dinobat sebagai AHLI SYURGA, memimpinku ke arah tuju yang satu..Bukan rupa yang aku impikan, bukan harta yang aku inginkan.. tetapi sandaran AGAMA yang ada dalam dirimu yang aku PERLUKAN. Aku akan berasa BERTUAH andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Aku tahu aku tak semulia mana. Tapi jauh kat sudut hati aku, aku mahu berusaha untuk menjadi permaisuri halal yang bersama sama untuk mendapat bahagia Allah.
Andai kamu adalah JODOHku yang bertulis di Luh mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa KASIH di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita BERPANDANGAN kelak.. BAHAGIA itu pasti menjadi MILIK kita, itu janji Allah. aku SAYANG kamu kerana Allah. :)
Labels:
redha.dengan.ketentuan.NYA.
Thursday, November 24, 2011
Khas buat adik kesayangan
Assalamualaikum...
Walaupun agak terlambat nak wish tapi akak tetap nak wish kat adik. GUD LUCK UNTUK STPM k !! DO YOUR BEST !! Akak harap dengan peluang STPM yang adik ambik ni adik akan menara gading kelak. aminn. Belajar rajin rajin k. JANGAN NAK TENGOK UPIN IPIN JEKKK.. haishh. macam budak budak..
akak nak minta maaf tak jadi balik minggu ni. sekarang tengah sibuk. tak menang tangan di buatnya. Lagipun adik tengah exam so akak tak nak kacau. karang kalau akak balik , adik tak jadi belajar pulak. rindu adik sangat sangat ! rindu kat semua larh. rindu nak masakkan lauk yang sedap sedap untuk adik.. mesti adik rindu masakkan akak kan? BHAHAHAHA..
Mungkin akak balik lepas exam midsem. Kira akhir bulan 12 kot akak balik. Sebab banyak keja nak kena siapkan. Tengok lah kalau boleh curi curi masa akak akan balik k. Tolong kirim salam kat mak k. rindu semuaaaaa !! nahh gambar terbaru akak masa pergi JB hari tuh.. pewwiittt.. jangan jelesssss..hik3.
Gambar gambar yang lain akak upload kemudian k.. tunggguuuuuuu...
okay bye bye...
GOOD LUCK 4 STPM !!
ADIK BOLEHHH !!!
Labels:
indahnya saat kita bersama
Friday, November 11, 2011
Ujian itu datang bukan untuk dikesali
Assalamualaikum.
Begitulah kehidupan ini. Kita sememangnya mencari jodoh yang terbaik buat diri kita, mencari dan mencari hingga kadang kadang kita tidak sedar ia mungkin sudah ada di hadapan kita. Kita mungkin lupa untuk bersyukur, lupa untuk menghargai apa yang kita miliki , sehinggalah bila ia bukan lagi milik kita, barulah kita menangisi kehilangannya. kan? :'(
Tidak semua orang bertuah, tidak semua orang memiliki apa yang di kehendakinya. Mungkin apa yang menjadi milik kita tidak secantik atau seindah milik orang lain, namun sekiranya kita bersyukur dan tahu menghargai, percayalah, mungkin itulah anugerah yang terindah buat kita :') Tidak semestinya apa yang kita suka, itulah yang terbaik buat kita, dan tidak semestinya apa yang kita tidak suka itu, buruk buat kita. Sungguh, tiap sesuatu itu ada hikmahnya. Ujian itu datang bukan untuk dikesali, tapi untuk disyukuri atas hikmah yang tersembunyi. Subhanallah.
nota cena : Allah mungkin tak bagi apa yang kita nak, tapi DIA bagi apa yang kita perlukan :))
Labels:
redha.dengan.ketentuan.NYA.
Saturday, November 5, 2011
Air mata itu
Jika kamu MENANGIS kerana lelaki, berhentilah dan cuba FIKIR kembali.. Adakah sebenarnya cinta dia yang kamu cari atau cintaNya? Adakah yang bertapak di hatimu betul-betul cinta sejati atau hanya kerana dia keluarkan KATA-KATA MANIS ? Benda manis pun ada tarikh luputnya tahu? Adakah insan seperti ini yang kamu rasa boleh MEMIMPIN kamu kelak? Boleh pandu BAHTERA keluargamu ke arah REDHANYA? Boleh MENYANYANGI kamu sepenuh hati, terima seadanya CACAT CELA ?
Kesat air mata itu...Sesungguhnya harga dirimu LEBIH PENTING, sesunggugnya harga AIR MATAMU lebih BERNILAI..Lebih BERHARGA jika dibazirkan untuk lelaki itu.. BERSABARLAH ! Berhenti menangis :'( , berhenti berharap pada yang tak pasti.. YAKIN dengan JANJI Allah.. Orang yang baik adalah untuk orang yang baik-baik dan kamu LAYAK untuk orang yang LEBIH BAIK :))
Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan terhiris ,
Tapi akan terasa INDAH setelah aku menyedari itu adalah sebahangian dari kasih Ilahi.
Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti diri ini :)
Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan yang lemah,
Tapi akan terasa INDAH setelah aku menyedari bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya,, Itu semua untuk memastikan diri ini sentiasa kuat dan tabah. syukur :)
Tidak MUDAH memberi, ketika diriku dalam kekurangan,
Tapi akan terasa INDAH setelah aku dapat membahagiakan orang lain,
Agar diri akan terasa lebih bahagia..Insyaallah =,=
Tidak MUDAH memaafkan ketika diri dibenci dan dihina,
Tapi akan terasa INDAH kalau itu adalah sebahagian daripada penyucian diri.
Agar diri ini Ikhlas dalam menggapai redha Ilahi.
Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika diri masih bersedih memirkirkannya,
Tapi akan terasa INDAH setelah menyedari itu adalah permulaan untuk kejayaan ku.
Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh,
Untuk mengecapi kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya.
Tidak MUDAH menghilangkan duka kerana kehilangan,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari...
Bahwa Allah telah meminjamkan kepada kita beberapa saat.
Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera,
Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur,
Dan menyedari itu adalah sebahagian daripada cara Allah meyayangi hambanya :')
Labels:
redha.dengan.ketentuan.NYA.
Thursday, November 3, 2011
Bila rindu
Assalamualaikum .
Malam ni aku agak sedih sikit. Aku ni asyik nak layan sedih jek kan? huhh. Sebenarnya aku rindu dengan sahabat sahabat aku kat kolej tuh. Cuti sem pun dah nak habis. Isnin depan aku akan balik ke Seremban. Dan naik sem ni merupakan sem akhir aku. Aku sangat berdebar debar untuk ambil result nanti. Ya allah, perut aku hampir kecut bila lecturer aku cakap student MLT semua menurun. OMG!! Lagipun sem lepas memang aku banyak main main. Kuiz aku tak amek.Aku biarkan jek.HUHH. Konon berani mati larh kan. Sekarang aku kena larh tanggung risiko nyer. Aku harap semua subjek aku lepas untuk ke sem seterusnya. Aku tak nak repeat subjek weyh!! ishh. jauhkan lah. Sahabat sahabatku semua tolong doakan yang terbaik untuk aku k. :)
Okay. Aku nak citer sikit. Hari ni adik aku sangat eksyen dengan aku. Mentang mentang lah dia buat kek coklat kan. Aku nak rasa sikit pun marah. Nak tolong buat kek tu pun tak bagi. Kecoh satu rumah dengan suara adik yang macam pak cik yang jual ikan kat pasar tuh. Naik sakit telinga aku ni dengar dia membebel. Tak apa, esok memang aku kerjakan kek coklat dia tuh. Aku makan bagi habis..lalalalalala.. Tengok macam sedap. Pandai jugak adik aku buat kek coklat tuh kan. hihihi. Dah tak mahu puji lebih lebih nanti dia mengembang pulak..bhahahaha..opsss! Gambar kek coklat tuh aku upload esok k. Line berukband aku ni wat hal pulak.. So tak ada gambar entry aku ni..
Malam ni aku nak tidur awal sebab badan aku tak berapa sihat. Maklumlah cuaca tak menentu sekarang. Ok, sampai sini je lah entry aku malam nie. SELAMAT MALAM SEMUA SAHABAT SAHABAT KU..
nota cena : Aku rindu korang banyak banyak !! muaxhhh..
Wednesday, November 2, 2011
Saya memerlukan sahabat :')
Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa.....
Kecuali diri sendiri tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat, begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya..? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami.
Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yang hanya bercerita.....
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat.....
Sebagai kekuatan.....
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.....
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.....Kita tidak tahu.
Tetapi..... jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.....
RENUNGILAH...
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DI SEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA.....
~ketahuilah saya tak perlukan kawan tapi saya memerlukan sahabat~
nota cena : Maafkan diri ini kerana saya bukan sahabat yang diharapkan tapi saya sentiasa berusaha kearah itu. Subhanallah.. Saya amat merindui sahabat-sahabat saya semua :'(
Untukmu Adam dan Hawa
Adam...
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.
Hawa...
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.
Adam...
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.
Hawa...
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.
Adam...
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.
Hawa...
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.
Adam...
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.
Hawa...
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.
Oleh itu Adam...
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.
Adam...
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.
Begitu juga Hawa...
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.
Hawa...
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.
Dan
Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.
Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.
Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.
Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.
Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.
Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.
Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.
nota cena : terharu bila aku baca ayat ni. sekadar untuk kita kongsi bersama :))
Tuesday, November 1, 2011
ke hujung dunia
Hai. kalau kamu kamu dan kamu mahu dengar lagu ni. sila stop kan lagu blog aku ni k. Lagu aku ada kat bawah sekali. Baru korang dapat dengar lagu nie. :) Lagu ni salah satu lagu feveret aku. :) Aku suka lirik lagu ni. Penuh makna bagi aku. teheee..
nota cena : tarikh hari ini sangat cantik. Kalau tarikh cantik tapi perangai tetap sama , buat apa kan? huhh.
ok lah bye bye..:)
Labels:
dia tetap jataime aku
Sunday, October 30, 2011
UNTUK SANG PEMUJA HATI :)
Aku punyai ruang ruang kosong di dalam jiwa ini sedangkan aku tahu bukan kau adalah insan yang tepat. Ruang kosong di dalam jiwa ini semakin lama semakin merebak lebih besar hinggakan tiada lagi akan sempitnya cinta kita dahulu. Aku menjadi takut kerana aku tahu siapa diri aku. Siapa aku hanya seorang yang amat kerdil dan hina jika hendak di bandingkan dengan kau sang pemuja hati. Kerana aku bukannya yang sebaiknya untuk kau seorang yang amat sempurna di mataku. Kau berhak mendapat seseorang di sisimu yang lebih baik dariku. Mungkin lagi terbaik dari aku. :')
Moga kau baik baik saja. Kerana aku bukan pilihan yang terbaik buat kau. Kerana aku amat serba kekurangan berbanding kau. Diriku amat jauh jika di ibaratkan dengan kau. kan?
nota cena : kau cukup istimewa. Cukup sempurna. Dan teramat baik berbanding dengan aku.
Labels:
dia tetap jataime aku
Saturday, October 29, 2011
BERSAMA FATIN HAZIRAH :)
aku tak nak update panjang panjang sebab aku nak tido dah. aku tunggu nak upload gambar ni punya lah lama. ketandusan idea sudahh. tehee.. Kemarin aku pergi pantai kat punggur. Sebab aku nak tenangkan diri dan rindu sangat nak dating dengan sahabat baik aku dari form 1 sampai form 5 ni. Lama tak jumpa dengan dia. Terima kasih Zira sebab belanja kita dan bawak kita pergi jalan jalan..hehehe.. Paling tak boleh lupa kerang bakar dia sangat sedap ! try larh. tak rugi pown..huhuhu.. Ok, ni ada sedikit gambar kami masa pergi pantai hari tuh.. Niat nak pergi lepak kat sawah,tapi di sebabkan masa dan cuaca yang tak mengizinkan,kami pergi pantai sajalah. Sangat cantik pantai waktu senja kan? subhanallah. sungguh cantik ciptaaNYA. :)
p/s : kawan kawan, hati aku dah tenang. aku bahagia dengan keadaan sekarang. terima kasih.
Okay. bye bye ! :)
Labels:
terima kasih kawan
Sunday, October 23, 2011
AKU EMOSI LAGI
Hurghhh !!! aku emosi. aku tak tahu kenapa dengan diri aku nih. kadang kadang rasa macam aku kuat sangat. Tapi bila orang tuh jentik jek,aku dah melayang. Aku cuba berdiri teguh saat ini tapi terasa di tolak tolak supaya aku jatuh. Kenapa aku macam ini lagi ? mana ego aku ? oh kawan, tolong aku. aku sangat perlukan kalian saat ini. :(
Aku selalu dengar Cik Anisa merungut cakap susah nya nak paham kalau berkaitan dengan hati dan perasaan ni. Bila lah semuanya akan berakhir. Agak susah kan? Betul cakap cik anisa tuh. Apa yang kita buat untuk sesuatu perkara tuh dan berani untuk sesuatu perkara tuh kita mesti juga berani TANGGUNG dan JAWAB. Mula mula aku agak blur. Tapi sekarang aku dah paham konsep TANGGUNG dan JAWAB tuh. OMG!! aku dah berani kew untuk tanggung tuh semua. Kelak aku mesti kena berJawab apa yang dah aku buat.. Cik anisaaaa.. I NEED YOU !
Kita tak boleh teruja sangat kan? kalau kita leka dalam sekelip mata benda tuh akan di tarik balik. Hati aku akan jadi lembik bila berkaitan perasaan nih. Tapi aku tetap cool.Walaupun aku cuba sembunyikannya.huhhh. Aku juga teringat kata kata kesayangan Mencit aku nih. "KALAU BETUL ADA JODOH, ANGGAP JEK PERPISAHAN SEMENTARA NI UNTUK MENGUJI HUBUNGAN KORANG " Okay , aku boleh relax untuk setahun yang lepas bila dengar ayat tuh. sob sob sob.. Tapi sekarang aku sudah goyang. Mencit tolong bagi kata kata yang lebih semangat untuk aku ! saat ni keadaan cuba mengawal diri aku. aku tak mahu keadaan kawal diri . Aku kena kawal keadaan. Tapi dengan cara macam mana? haihhh.
Betol. aku sekarang dah tak boleh nak pandang enset lagi. Enset aku matikan sejak semalam. Aku sangat marah. Mungkin nak datang bulan barangkali..HAHA. Ok cukup! Hurmm..Kemarin aku mesej dengan kawan baik aku masa sekolah. Nama dia Zira . Zira sangat marah bila mana dia dapat tahu hal aku. Dia sangat marah dengan keadaan aku sekarang nih. Dia tanya kenapa aku jadi macam ni. Haihh.. Syarina yang dia kenal adalah seorang ego tinggi. syarina yang kuat pendirian dan bla bla blaaa.. tapi sekarangggggg..... Mana tuh semua. semua dah hilang sebab si Dia itu.
Aku cuba tenang tenang dan tenang.....Aku kena kawal keadaan. Aku tak akan bagi keadaan cuba untuk mengawal diri. NO WAY !!!
Monday, October 17, 2011
Sunday, October 16, 2011
TERIMA KASIH CIK ANISA
HORAYYYY! suka giler aku. akhirnya belog aku dah kembali normal. Kalau tak mati kutu ar aku dan tak akan update belog! hurghh.. Padan dengan muka aku nih, tu lahh tangan gatal2 main tekan,. terima lah padah nyer kan. hurmm.. Apa apa pun aku nak ucap terima kasih banyak banyak kat cik anisa ! terima kasih sayang. hehehe.. kalau kau tak ajar aku memang bersawang ar belog aku ni..huhuhu..
Sekarang ni aku tengah cuti sem. Dah dua minggu kot aku kat gumah. Dan aku menjadi suri rumah sepenuh masa..kelasss gituh! time cuti ni larh aku belajar memasak. Mak aku punyer larh excited, siap beli buku cara masak untuk aku. haihh.. aku pun amek cabaran nih. sapa kata aku tak geti masak?! mehh jemput makan sama..hehehe..
Aku sangat teruja sebenarnyer! macam macam aku nak citer kat dalam ni..Yelaa blog dah kembali normal kan..sapa tak sukeee.. Lepas ni boleh arh aku membebel bebel dalam nie..cewahh.. Cuti sem aku ni ada lagi 3 minggu jek.haihh. rindu kat kawan kawan. rindu dengan kepala giler giler dorang dan rindu nak merayap dan berpoya poya sesama..opsss! agagagaga. maklum lah kami nie suka berjalan dan suka amek gambar.. tak percaya? mehh aku tunjuk sedikit gambar gambar kitorang..teheeee...
p/s : INDAH NYA SAAT KITA SEMUA BERSAMA SAMA. AKU RINDU KORANG !!!
| Okay! ni larh cik anisa kiut tuh.. hihihi.. sungguh comel gaya dia makan kan.. keh keh keh |
Aku sangat teruja sebenarnyer! macam macam aku nak citer kat dalam ni..Yelaa blog dah kembali normal kan..sapa tak sukeee.. Lepas ni boleh arh aku membebel bebel dalam nie..cewahh.. Cuti sem aku ni ada lagi 3 minggu jek.haihh. rindu kat kawan kawan. rindu dengan kepala giler giler dorang dan rindu nak merayap dan berpoya poya sesama..opsss! agagagaga. maklum lah kami nie suka berjalan dan suka amek gambar.. tak percaya? mehh aku tunjuk sedikit gambar gambar kitorang..teheeee...
p/s : INDAH NYA SAAT KITA SEMUA BERSAMA SAMA. AKU RINDU KORANG !!!
Labels:
indahnya saat kita bersama
Sunday, October 2, 2011
TUHAN TOLONG DIRI KU :(
Dapatkah ku bicara tentang apa yang ada. Dalam hati ku ini mengungkapkan semua . Tetapi aku terdiam tak mampu mengatakan segala perasaan kepadamu sekarang. Bagaimana caranya agar engkau mengerti ku ingin kau menjadi teman hatiku ini. Tuhan tolong diriku jadikan dia milik ku. Kan ku jaga selalu di sepanjang hidupku...
Labels:
dia tetap jataime aku
Tuesday, September 13, 2011
WOOTTT ! WOOOTT! LIKE ICE ROOM. NYUMYYY
Ehemm.. ehemm.. penah pergi ice room tak? mesti ada yang pernah pergi kan. Tempat tuh sejuk banget. Mata aku pun dah rambang. SEMUA NAMPAK SEDAP ! kalau boleh nak makan semuanya. ish3.. Semalam lepas tengok wayang citer "hantu bonceng" aku dan kawan kawan pergi tempat ice room ni kat senawang.. Ok jom layannn...
| amacam korang tergugat tak? hihihi. |
| hah! yang ni aiskrim kepunyaan aku.. nyummmyy.. |
| wan aiskrim perisa nut..yanti perisa bluebery..nyumm nyumm |
Seronok pergi sini. Sekali makan nak lagi.. tapi nak habiskan satu mangkuk tuh sesak beb.. kenyang + sejuk.. Satu mangkuk aiskrim tuh tak adalah mahal sangat.. aku punya aiskrim perisa strawberry..harga rm8.90.. Paling sedap perisa aku lah..masam! nyummy.. paling tak sedap aiskrim mak su..perisa kiwi..euuwww.. berangin jek..teheee.. jadi kalau korang korang nak pergi ice room ni,belilah perisa strawberry.. sedap! tehee.
Gambar-gambar kat bawah ni time kat JJ..mase nie jalan-jalan kat sini sambil tengok wayang citer "hantu bonceng" best citer ni.. rugi sape tak tengok..:) huhuhu sebelum nak tunggu wayang ni ada 1 jam lagi.. Jadi kami makan makan kat KFC..seronoknyeee..Lagi lagi mak su belanja semua kan,,wahhh! asyik! asyik! asyik! satu hari berjalan dengan makan aje..untungg laaa..hehehe..
ok..sampai sini.. tata :)
Labels:
syurga ice room
Monday, August 29, 2011
BERBUKA PUASA BERSAMA MEREKA :)
Assalamualaikum..
Ok.. kali ni aku berbuka puasa bersama dengan kawan kawan aku masa sekolah dulu.. Walaupun kami kelas lain lain tapi tetap kawan sekolah kan.. Dah lama tak dapat kumpul sama sama dengan dorang.. Alhamdulillia,akhirnya dapat jumpa dengan mereka walaupun masing masing dah banyak berubah. Ni baru perubahan sikit. ada yang dah kawin dan bakal menjadi ibu.. Tengok pada 10 tahun lagi..mesti semua nya dah bersuami dan beranak pinak..teheee.. Aku seronok malam uh sebab kawan kawan masih segila-gila seperti dahulu.. Ketawa macam puaka..!haha.. Memang best! terima kasih aku ucapkan kan bagi yang mengetuai event ni dan terima kasih sebab jemput aku pada majlis berbuka puasa semalam :)
| memang kami orang kampung. Kami selesa makan macam ni.. :) |
| berebut ayam..hahaha.. tak senonoh! |
| akhirnya ayam jadi begini :) ish3.. |
Esok insyallah kita akan menyambut hari raya kan? huhhuu.. Pada kawan kawan jemputlah datang beraya ke rumah aku.. Kedatangan anda aku alu alukan :) hehehe.. Ok lah banyak kerja aku nak kena siapkan ni.. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA ! MAAF ZAHIR DAN BATIN ( zahir je k.. batin tak ada lagi ) hihihi...
Labels:
M.E.R.E.K.A
Subscribe to:
Posts (Atom)











