Assalamualaikum...
Rasanya tak terlambat untuk aku ucapakn selamat menyambut bulan ramadhan kan. Hari ini hari ketiga aku berpuasa. Masih cukup berpuasa dan masih bertenaga. Alhamdulillah. Setelah setahun berlalu, ramadhan kini muncul kembali. Bulan yang penuh rahmat dan berkat. Bulan yang di dalamnya terbuka pintu syurga manakala tertutupnya pintu neraka. Bulan pengampunan dan bulan menyucikan diri. Bulan yang nilainya melebihi bulan bulan yang lain..
Bulan ramadhan bukan sahaja bulan kemenangan tetapi juga bulan kesabaran, bulan menyucikan hati dan meningkatkan rohani kepada yang lebih baik dan bersih. Pada bulan ni kita bukan sahaja di uji dengan rasa lapar dan dahaga, malahan turut diuji sejauh mana kita mampu mengawal rasa marah,tamak,syak wasangka ,dan segala sifat mazmumah yang harus di ganti dengan sifat sifat mahmudah..
Ramadhan bulan yang penuh keberkatan. "Di awalnya rahmat, di tengah tengahnya magfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka". Ya allah.. Gembiranya hati aku tidak terkira kerana KAU masih bagi aku peluang untuk menyambut bulan ramadhan yang mulia ini. Terima kasih Ya Allah.kerana masih memberi kesempatan untuk diri ini bersama sama mengapai rahmat dan redha MU dalam bulan yang mulia ini. Alhamdulillah. Aku syukur sangat sangat..
Pada bulan ramadhan ini,aku terasa dicabar oleh cabaran bazaar ramadhan yang sememangnya menguja nafsu aku yang kian berkocak kocak.haha. Macam macam jenis makanan. Masakan yang dibakar, di goreng, dicelur ,di panggang kesemuanya ada.huh. Tidak terkecuali kuih muih dan pelbagai minuman beraneka warna. Kesemua ini telah mengancam selera aku. ouch! SABAR..oke aku dapat kawal hati ni :) Alhamdulillah. Aku harap kita semua dapat mengawal nafsu kita sepanjang bulan ramadhan ini. Insyaallah. Semoga ramadhan kali ini memberi seribu satu rahmat keatas kita semua. Semoga kita dalam redha allah sentiasa dan diberi kesejahteraan sepanjang berpuasa.Amin..:)

2 comments:
Salam Ramadhan..happy fasting dear! ;)
hepy fasting 2 u 2 dear :)
Post a Comment