Followers
Sunday, February 26, 2012
Saturday, February 18, 2012
Rindu datang lagi
Rindu itu satu rasa yang kadang susah untuk diceritakan dengan kata kata mahupun dengan nukilan.. Kerana ia adalah satu perasaan yang kuat di dalam dakap dada.. Dan kadang bisa membuatkan air mata ini mengalir walau sekuat mana dan setabah mana seseorang itu..Walau dimana kita berada tika ini.. Pasti ada ruang untuk kita memikirkan dan terkenang akan satu kenangan yang pernah sama sama dulu kita harungi (:
Friday, February 17, 2012
ini bukan sindrom
Meningkat umur diperjalanan ini, semakin dewasa pemikiran dan perasaan. Sungguh, kehadiran cinta menggetarkan jiwa dan rasa. Tanpa perlu belajar, tidak perlu merujuk nota. Hadirnya tidak di undang, tetap melawat dan mendiam di hati insan.. lalalalala (:
Tuesday, February 14, 2012
suratan
Disebalik kesusahan ada kemudahan. Esok akan merekah bunga yang harum mengusir kesedihan menjadi penghibur hati (: .. Semakin jauh kita berjalan.. semakin dekat dengan kesabaran.. semakin yakin dengan keimanan.. semakin redha dengan kebesaran.. semakin hampir dengan tujuan.. semakin hampir dengan ketentuan. Asal niat suci dan ikhlas.. ALLAH pasti membalasnya
Saturday, February 11, 2012
Nasihat Wardina Safiyyah kepada remaja2
"Lelaki soleh itu bukan TANGGA yang dipijak untuk kejayaan wanita tetapi TONGKAT yang memandu arah menuju kejayaan dan PAYUNG dalam melindungi keaiban atau kekurangan wanita "
Friday, February 10, 2012
mimpi itu
Perjalanan hidup dalam cinta, pasti ada waktu suka dan duka. err.cinta lagi.puii. Kewajaran dalam menempuhi pun pasti ada detik-detik manis dan pahit. Tapi bila cinta kita tiada petunjuk,tiada kepastian,tiada penghujung ibarat cinta di alam mimpi. Hanya diri sahaja yang merasa keindahannya,hanya diri sahaja yang merasa bahagia.Sedangkan waktu sudah tiba pada penghujung mimpi, serasa tak ingin bangun dari tidur yang lena . Sayang kalau-kalau mimpi itu tidak akan sama berulang dan bersambung kembali. Yang menjadi kesudahan berharap pada yang tak memberi ^.^
Wednesday, February 8, 2012
sahabat hingga ke syurga
Sahabat adalah kekayaan sebenarnya. Hilang satu , bertambah miskinlah , bertambah sahabat bertambah untung laa.. Kita adalah yang beruntung sebab memiliki anda.
Bersahabat hingga ke syurga..
Friday, February 3, 2012
Allah menguji keikhlasan apabila bersendirian. Allah memberi kedewasaan apabila ditimpa masalah. Allah melatih kesabaran dalam kesakitan. Dan Allah tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang, kecuali menggantikannya dengan yang lebih baik. :)
psst : Esok 4hb adalah besday aku. wahh aku dah 21 tahun.. teruja!
Subscribe to:
Posts (Atom)
