Followers

Friday, August 5, 2011

SIAPALAH AKU UNTUK DI GELAR KAWAN ! kan?


Apa erti kawan?
jika tiada sifat lebih kurang.

apa erti kawan?
Jika asyik bermasam muka.

apa erti kawan?
jika kejujurannya dipertikaikan.

apa erti kawan?
jika tiada rasa sayang.

apa erti kawan ?
jika tiada belas kasihan

apa erti kawan?
jika kebaikan tidak dinilai

apa erti kawan?
jika diri tiada teman....

kawan yang mulia,
kawan yang sebenar,
kawan yang abadi.

DI MANA ?   SIAPA ?

Laman persahabatan kian tandus
Kemesraan makin gersang gurau senda
Lantas bunga bunga keakrabanya
Turut layu menyembah bumi.

Siramilah ia semula
Suburkanlah kembali
Dengan baja kemaafan
Tapi usah kau lontarkan ia
Dengan batu keangkuhanmu
Kerana diriku sesungguhnya
Bukan keronsangmu........

Andainya ada sembilu
Yang pernah menusuk hatimu
Maaf aku pohon padamu.
Tapi kiranya ada madu yang terpalit padamu
Janganlah kau buangkan ianya,
Kerana ianya akan menjana mindamu...
Mengimbas memori kita semua bersama
Lantas menjernihkan suasana
Yang mengeruhi kolam pertalian ini.

Persahabatan yang terjalin kini
Hasil kemesraan kita semalam
Andainya ia hancur di ambang esok
Pastinya kita  akan bermusuhan.

Tiada ku tahu isi hati kau sebenarnya
Menganggap keakraban kita selama ini
Mungkin hanyalah satu permainan
Dan bukannya mahar dalam persahabatan.

Apa lagi yang perlu aku katakan
Hanya maaf  maaf dan maaf
Tidak terkeluar kata kata di depan kau.
Hanya aku mampu luahkan di sini
Kerana keberanian belum menebal lagi.

Bukan aku ego mahupun keras hati
Tapi jiwa ku sangat terusik kini
Bukan aku dendam mahupun benci
Tapi ia perlukan masa beberapa hari.


6 comments:

Unknown said...

biaselah kawan tiada yg sempurna and susah mahu cri kawan yg fham akan diri kita ini

Gadis Penawar =) said...

biaselah. kawan untuk bersuka senang di cari tapi kawan bersusah senang akan hilang menyepi..

Ceiler Mun said...

sahabat :)

Gadis Penawar =) said...

:)

imah said...

berkaawan biar beribu.
bercinta biar satu ^^

hai.. da follow awak balik..

happy blogging dear ^^

Gadis Penawar =) said...

hehehe.. terima kasih imah :)