Followers

Showing posts with label Semoga kita sentiasa diberi kekuatan akal dan zahir oleh Allah. Amin. Show all posts
Showing posts with label Semoga kita sentiasa diberi kekuatan akal dan zahir oleh Allah. Amin. Show all posts

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur RasuL


Assalamualaikum...


Namanya sentiasa bermain di bibir dan terpateri dalam lipatan hati. Kasih sayang kita padanya tidak terbanding kasih sayangnya kepada kita. Setiap detik dan ketika dalam sanubarinya hanyalah ingatan kepada kita- umatnya. Berkorban jiwa dan raga dengan darah dan air mata dalam perjuangan menegakkan agama Allah untuk diberikan cahaya kepada kita. Berlinang air mata bermunajat kepada Allah untuk kesejahteraan kita umatnya.



Itulah Rasullullah S.A.W kekasih Allah, junjungan mulia yang sentiasa kita rindu dan dambakan. Namun kasih dan cinta sahaja belum cukup sebenarnya untuk kita mengaku umatnya tanpa menelusuri jalan Rasulullah sepenuhnya. Tanyalah di dalam hati , berapa kalikah air mata ini yang mengalir dan berlinang bila terkenangkan pengornbanan baginda Rasulullah. Berapa kalikah hati kita sebak dan memberontak bila setiap kali mendengar berita dan cerita tentang baginda dicaci dan dihina oleh musuh-musuh Allah dari dulu hingga kini. Berapa banyak kalikah mulut anugerah Allah ini melafazkan selawat menyebut nama Muhammad Ya Rasulullah. Manusia istimewa dan agong ini adalah segala-galanya dalam jiwa dan hati kita. 



Apalah maknanya kalau hanya sekadar berselawat ,bertempik dan berteriak setahun sekali bila menjelang 12 Rabiul Awwal tapi pada hari-hari yang lain kita seolah-olah melupakan insan istimewa ini. Bagaimana mungkin kita mengaku ketaatan kepada Allah sedangkan setiap langkah perjalanan Rasulullah banyak yang kita tinggal dan abaikan. Kita mendabik dada mengatakan kitalah orang banyak mengamalkan sunnah tapi sebaliknya kitalah orang yang sering bercakaran dan bertelingkah sesama saudara seIslam . 


Nota cena : Tiada harapan selain Allah, tiada idola selain Nabi, tiada kata seindah Al-Quran, tiada jalan selurus Sunnah, tiada perjuangan selain Islam..  

Salam Maulidur Rasul :)


JAGA MATA, JAGA HATI, MAKA TERJAGALAH MATA HATI