Followers

Tuesday, November 13, 2012

Berpanah petir kembali ='(

Hai Bulan, lihat sini di jari aku ada apa,
ini hati engkau yang semalam kau pesan,
untuk aku perhati-hati dan jaga-jaga.

dan itu, telah aku lakukan.

Hai Bulan, mari sini rapat sedikit pada aku,
ini masih berdarah, katamu, baru dikeluarkan,
untuk aku pertontonkan tiap saat peliharakan itu.

dan itu, telah juga aku lakukan.

Hai Bulan, dekat sini kerana aku ada tanya,
inikah hati engkau yang masih merah untuk disimpan,
untuk aku perhati pertonton buat selama-lama?

kerana itu, telah juga sudah aku lakukan.

Hai Bulan, jawab sini dan jangan engkau kaku,
ini yang kau sebut suci demiku apakah mainan,
untuk aku, kau olok-olok, bodoh-bodoh, batu-batu ?

kerana itu,telah juga sudah aku selesai lakukan.

ini di jari aku bukan hati merah berdarah suci,
cuma tembikar, bersalut getah manggis warnanya.
Lihat sini, mari sini, dekat sini, jawab sini.

kerana setelah sudah selesai aku lakukan semua,
ku mahu tahu mana sebenarnya KAU PUNYA HATI ?!!




No comments: