Aku simpan seranahmu dalam liang telinga,
dengan harap yang aku gunungkan dari sebutir zarah hati,
semoga diciptakan tuhan suatu hari nanti untuk aku,
ambilkan semula dan paksa kau jilat kembali.
Aku pegang cacianmu dalam salur kerongkong,
dengan mimpi yang aku campingkan dari secebis ngilu,
semoga dikenankan tuhan suatu hari nanti untuk engkau
dapatkan semula dan kunyah setiap satu persatu.
Kerana bahasamu yang kau pinjam dari iblis itu,
terlalu indah bunyinya sehinggakan aku mahu sekali,
simpankan dan pegangkan sehingga suatu masa
yang kau jilat dan kunyahkan dengan hina.
Kerana aku tidak reti untuk mati,
semata mata untuk lidah yang kau sewa dari neraka.
Kerana aku tidak akan mahu mati,
selagi yang benar tidak memberi aku syurga.
Followers
Monday, October 29, 2012
Monday, September 17, 2012
Marathon Raya 2012
Assalamualaikum =)
Pada mulanya aku menyangka raya pada tahun ni adalah raya yang paling worst bagi aku. Aku tak rasa langsung kehangatan raya pada tahun ni. Mungkin salah satunya aku sibuk dengan praktikal sehingga kelengkapan raya langsung aku abaikan. Baju raya pun aku beli pada malam raya. Sepangjang kat muar aku tak dengar langsung lagu lagu raya. Kalau kat seremban hari puasa kedua dan ketiga dah memekak lagu lagu raya kat sini (over pulak kan) huhu.. TAPI sejak adanya MARATHON RAYA 2012 aku nak tarik balik kata kata aku..Raya tahun ni paling best woii.. kenangan aku dengan kawan kawan sekelas. setelah LIMA BULAN terpisah disebabkan praktikal. Satu perkara yang kami mempunyai persamaan adalah "kaki jalan" lagi jauh perjalanan itu,lagi fun !! Banyak kenangan tercipta. Ini adalah tahun akhir untuk kami serapat ini. Lepas ni mungkin masing masing mempunyai kehidupan masing masing..sobbss!
Marathon bermula dari Batu Pahat - Segamat - Gemas - Bukit rokan - KL dan Nilai. Kami berMarathon raya selama dua hari. sangat penat tapi memuaskan! thankssss so muchh! ok, biarkan gambar berbicara. yihaa.

![]() |
| bersama cik anisa. kami selalu bermain minda. i loikee ur opinion bebeh..muaahhh. |
![]() |
| boleh dijadikan cerita pada gambar ni. seolah olah aku menahan kentut, seterusnya melepaskan keledakkan dan burssttttt.. dan kak ika merasai kenikmatannyaa..wowww..fantastik bebeh..kui kui kui.. |
harharhar. ok done! raya tahun ni paling superb ! thanks korang semua sanggup datang kampung halaman ku, dan kita berjimba jimba bersama. sayang sahabat :'( pasti merindui gurauan kasar halus lembut belaian manja manja itu semuaa. ukhwah fillah abadan abada :)
p/s : Boleh kLik pada gambar untuk pembesaran. itu saja.hihi
Monday, September 10, 2012
Berdoa :')
Ya Allah, kuatkan diriku ketika sedih dan susah.
Berikan aku petunjuk untuk membezakan kebaikkan dan keburukkan ketikaku memerlukan jalan kebahagiaan.
Jadikanlah aku manusia yang semakin tabah untuk mengharungi hidup yang mendatang.
Amiin ya rab..
Sunday, July 15, 2012
kusut yang terancang
Takkan ada apa.
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa,
bikinlah apa,tetap kau terbang.
takkan ku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,
takkan ku suruh apa apa =)
takkan ku izin tubuh dibuka,
takkan ku pamer reput di dada,
takkan ku rebah,
takkan ku goyah,
takkan ku biar tubuh didarah.
cuba untuk menjadi gagah ,
tapi dipaksa untuk menangis.
kejam.
Saturday, May 19, 2012
Pantang perempuan selain pantang lepas bersalin,adalah pantang ade orang KETIGA keEMPAT keLIMA dalam hubungan !!
Saturday, April 21, 2012
Sunday, February 26, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)





