Followers

Monday, August 29, 2011

BERBUKA PUASA BERSAMA MEREKA :)

Assalamualaikum..

Ok.. kali ni aku berbuka puasa bersama dengan kawan kawan aku  masa sekolah dulu.. Walaupun kami kelas lain lain tapi tetap kawan sekolah kan.. Dah lama tak dapat kumpul sama sama dengan dorang.. Alhamdulillia,akhirnya dapat jumpa dengan mereka walaupun masing masing dah banyak berubah. Ni baru perubahan sikit. ada yang dah kawin dan bakal menjadi ibu.. Tengok pada 10 tahun lagi..mesti semua nya dah bersuami dan beranak pinak..teheee.. Aku seronok malam uh sebab kawan kawan masih segila-gila seperti dahulu.. Ketawa macam puaka..!haha.. Memang best! terima kasih aku ucapkan kan bagi yang mengetuai event ni dan terima kasih sebab jemput aku pada majlis berbuka puasa semalam :)



memang kami orang kampung. Kami selesa makan macam ni.. :)
berebut ayam..hahaha.. tak senonoh!




akhirnya ayam jadi begini :) ish3..



Esok insyallah kita akan menyambut hari raya kan? huhhuu.. Pada kawan kawan jemputlah datang beraya ke rumah aku.. Kedatangan anda aku alu alukan :) hehehe.. Ok lah banyak kerja aku nak kena siapkan ni.. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA ! MAAF ZAHIR DAN BATIN ( zahir je k.. batin tak ada lagi ) hihihi...


Sunday, August 28, 2011

aku dan adik

Assalamualaikum..

Malam ni aku dan adik jalan jalan kat Square one, Batu Pahat. Tak puas window shopping tadi sebab dah pukul 10 banyak kedai dah tutup. Adik pulak lepas balik dari square one moody jek dalam kereta. huhh.. mesti dia tengah majok sebab tak dapat jalan jalan kat ekspo uh.. Kasut raya adik pun tak beli lagi.. kacian dehh.. tu lahh mak bagi duit bukan nak beli kasut,, Beli benda lain pulak.. Sampai rumah suruh tangkap gambar sebelum dia nak tido..  Ada jugak manusia macam tuh ek.. Amik gambar dulu sebelum nak tido..hihi..Ok layannnnn............. 

patung patung ini semua kepunyaan adik :)
muka budak majok sebelum nak tido..teheee
muka letih sebab penat berjalan !
cantik kan..hihihi

 Ok.. ni jek entry aku.. aku pun nak tido dah.. selamat malam.. :) ZzzzzzZZzzz..

Thursday, August 25, 2011

BUKA PUASA YANG TERAKHIR

Assalamualaikum..

Ok. untuk pertama kali nya aku nak buat entry yang paling cepat dan paling ringkas pada malam ni. Ceh.ayat macam aku tak pernah buat entry ringkas jek kan..hehee.. Ok disebabkan asigment yang terlalu banyak, aku terpaksa mengabaikan blog kesayangan aku nih. maaflah sebab aku terlalu stress minggu nie.. Aku hampir jadi gila disebabkan kerja yang menimbun nie.. Nak raya punya pasal terpaksa la kena siapkan semua asigment, lab report dan macam macam lagi. huhh.. penat gila kot hari ni.. Disebabkan nak berhari raya tanpa ada gangguan kerja terpaksa lah aku siapkan semuanya. Dan akhirnyaaaa.. siap jugak .. alhamdulillah.

Habis kelas petang tadi, aku dan housemate berbuka puasa untuk yang terakhirnya pada tahun ni. Yelahh..esok masing masing dah balik kampung.. Jadi mestilah nak ade kenangan pada puasa tahun ni kan. Puasa tahun depan dah tak dapat sama sama lagi :( Ni lah yang terakhir.. Aku ada lagi 6 bulan untuk bersama  kawan kawan aku. Lepas habis belajar nanti mesti masing masing ada kerjaya masing masing kan. Dah susah nak bersama sama lagi.. Bila teringat hal tuh mesti aku akan sedih oo.. huwaaarghhh :(

Agak terkilan sebab puasa tahun ni tak dapat berbuka puasa dengan kawan kawan sekelas. Dah la yang terakhir kan. Mungkin disebabkan kerja yang terlalu banyak kan.. Tak apa lah nak buat macam mana kan.. terima je lahh..teheee..

OK..nie gambar gambar kami berbuka puasa tadi..Tempat pilihan kami di KFC jek. Sangat sangat enjoy tadi. Happening sangat sangat dengan mereka.. Pada mak su, yanti ,eyna dan zira ..terima kasih banyak banyak. sebab korang buat aku sangat happy hari ini. Sumpah aku nak saat saat happy macam ni lagi. senyum teruja. teheee..

aku, zira, eyna dan yanti... lihat pada pinggan kami..sangat licin kan..hehehe
eyna dan yanti bila ngadap makan..ish3..
yanti dan mak su menjadi sawan bila berhadapan dengan kamera..hehehe..dua2 comel :) kan?

agak agak..apa lahh yang buat eyna teruja tuh ekh?? kekenyangan kott !
mereka sedang cover ayu.. hihihi
zira dan aku melantak wooo..hhahahahaha..
peace..:)
awek awek cun nih memang pantang depan kamera.  cun kan? ok buat pertama kali aku mengakui korang cun..teheee.



hahahahhaa... amacam.. kau mampu? teheee
hahaha..apalah yang si pontianak(eyna) dan jin (yanti) buat tuh ekh.. makan pun sempat men enset.

Ok. sampai sini jek entry aku kali ini. Aku nak packing barang barang untuk balik kampung esok. Tak sabar rasanya nak balik kampung..yahooo.. Lagi 4 hari nak sambut hari raya kan? Pada kawan kawan dan pada sesapa yang mengenal diri aku ni, aku nak ucapkan selamat hari raya. Pada esok yang nak balik kampung tuh jaga diri baik baik yee..semoga korang selamat sampai kampung masing masing..amin. :)


Sunday, August 21, 2011

BERJALAN MEMANG PERKARA YANG TERINDAH

Assalamualaikum..

Hari ini masuk ramadhan yang ke 21 kan. Selamat berpuasa bagi sesiapa yang berpuasa hari ini. Lagi seminggu kita akan menyambut bulan syawal. Sudah pasti ramai yang tertunggu tunggu kedatangan syawal tuh. Ok, untuk pertama kali dalam bulan puasa aku pergi jalan jalan . Kali nie aku berjalan jalan di KL. Selalu nya bila bulan puasa aku malas nak keluar berjalan jalan. Yelaa..nanti penat kang tak pasal pasal aku buka puasa pulak. Tapi semalam aku pergi jugak sebab dah janji dengan si mencit untuk teman dia jumpa kawan dia di KL.. Semalan memang sesak gila kot kat Masjid India. Nak berjalan dah macam sardin. Di Sogo lagi lah, tengok dari atas dah macam semut semua.. Ramai gila orang shopping kat sana. Bila dah tak tahan dengan ramai orang, petang tuh terus pergi lepak lepak kat Mid Valley. Lengang sikit lah dari Masjid India dengan Sogo tuh.. 

Perjalanan semalam memang paling best aku rasa. Sebab nya aku tak kuarkan duit banyak pun! Cuma RM10 jek. Tambang pergi dan nak balik ampangan jek. Sangat sangat best! Terima kasih pada "KAWAN ZIRA" tuh sebab sponsor segalanya semalam.:) teheee.. OK, ni sedikit sebanyak gambar yang sempat kami ambil..






muke mencit ketat jek time nie... penat + sesak.


kami berbuka di mid valley.. Sangat sedap! satu pinggan nasi beriani ni RM10.

Ok. sampai di sini saja. Lepas ni mungkin kami akan outing di JB atau di Utara pulak..hihihi.. Insyaallah jika ada rezeki. jadi tunggu jelah yee.. Berjalan + shopping memang perkara yang terindah.. Hidup ni terlalu singkat untuk bersedih. ye dak? Jadi aku akan jadikan hidup yang singkat ni dengan gelak tawa riang ria saja.. teheee.. Ok lah. Selamat berpuasa kawan kawan ku semua. :) tata


Saturday, August 6, 2011

TERIMA KASIH MASALAH

Hurmmmm....

Kadangkala kita perlu menyendiri. Menyendiri untuk melihat apa yang kita lakukan atas kehendak hati. Kehendak hati yang kadang kala membawa bencana pada diri. Kehendak hati perlu di iringi dengan minda yang teliti. Masalah ada baik nya sebab masalah akan menjadikan aku lebih dewasa. Dari situ aku akan dapat melihat dunia dari satu sudut yang berbeza..

*Ayat kat bawah ni daripada sahabat aku. Dia suruh aku baca dan fahamkan.:)

***************************************************************************************************************

Ada masalah di dalam kehidupan bukanlah satu masalah. Masalah memang sudah menjadi sunnatullah di dalam kehidupan di kalangan insan. Yang menjadi masalah bukan masalah itu, yang menjadi masalah adalah orang yang tidak tahu peranan Tuhan. Tidak kenal Tuhan dan peranan-Nya itulah yang sebenarnya masalah. Jadi sudah jadi dua masalah. Apabila kita tidak  kenal peranan Tuhan, masalah itu memanglah jadi masalah dua kali masalah.


Kalaulah masalah itu adalah jadi masalah, Kekasih Tuhan tidak akan di timpakan masalah.
Kalaulah masalah itu adalah masalah, Rasul, Nabi Tuhan tidak akan di timpakan mereka masalah.
Tapi tuhan datangkan berbagai bagai masalah kepada kekasih-Nya,  Tuhan tahu pada mereka bukan masalah. Kerana itulah mereka ditimpakan masalah. Pada mereka masalah itu adalah ibadah. Masalah itu adalah pahala dan syurga. Masalah itu adalah kecintaan dan keredhaan Allah. Kerana itulah masalah itu mereka tidak dijadikan masalah. Bahkan mereka rasa bahagia dengan masalah.


Dengan masalah rasa kehambaan mereka bertambah.
Rasa kehambaan itu adalah ibadah kepada mereka, pangkat dan darjat di dalam syurga.
Oleh itu Tuhan sering sahaja menambahkan mereka itu dengan berbagai bagai masalah.
Tuhan bertambah cnta kepada mereka dengan masalah,yang mereka anggap itu bukan masalah tapi ibadah. Maha Suci Tuhan menyeksa kekasih kekasih Nya dan di akhir nya ganjaran menanti.


Orang yang bodoh sahaja yang tidak faham kerja kerja Allah. Pada tuhan masalah yang ditimpakan kepada kekasih kekasih Nya bukanlah masalah. Kerana itulah Tuhan biarkan sahaja mereka BERMASALAH !
Dengan masalah masalah itulah mereka dapat ketinggian darjat di dalam syurga.
Sungguh pelik kerja Tuhan, payah hendak di faham oleh orang biasa..


***************************************************************************************************************

Terima kasih sebab kau cuba untuk menenangkan aku. Lepas aku baca apa yang kau bagi ini buat aku lebih kuat dan tersenyum. Semalamam aku membanjiri kelopak mata. Makin di pendam makin terseksa. Dah lama tersimpan akhirnya berjujuran juga..Ah! aku memang macam ni. selalu. Hati aku cepat terusik. aku benci diri aku bila aku ada masalah aku tak boleh jadi jiwa kental.


Cuba berlagak menjadi manusia sombong, tapi  aku lemah.

Cuba berlajar bercakap bohong, akhirnya ketahuan juga.

Cuba menyembunyikan sesuatu perkara, akhirnya diketahui.


Lemah kan aku . Bukan aku tak cuba menjadi semua itu. Jangan salahkan aku. Janganlah. Pernah mencuba untuk menjadi manusia sebegitu sebab ingin mereka lihat aku tidak lemah..huhh! Boleh macam tu? sangat gila.


Aku bukan lah pelakon yang hebat. Aku tak mampu untuk berlakon. Tak mampu. Mak mengajar aku untuk menjadi seorang yang jujur dalam kehidupan. Bukan hipokrit semata mata. Jadi  tak perlu lah aku menjadi diri orang lain.kan? haishh! kau silap besar syarina bila kau mahu mencuba untuk menjadi seperti manusia itu! astagfirullahalazim. jauhkanlah.


Friday, August 5, 2011

SIAPALAH AKU UNTUK DI GELAR KAWAN ! kan?


Apa erti kawan?
jika tiada sifat lebih kurang.

apa erti kawan?
Jika asyik bermasam muka.

apa erti kawan?
jika kejujurannya dipertikaikan.

apa erti kawan?
jika tiada rasa sayang.

apa erti kawan ?
jika tiada belas kasihan

apa erti kawan?
jika kebaikan tidak dinilai

apa erti kawan?
jika diri tiada teman....

kawan yang mulia,
kawan yang sebenar,
kawan yang abadi.

DI MANA ?   SIAPA ?

Laman persahabatan kian tandus
Kemesraan makin gersang gurau senda
Lantas bunga bunga keakrabanya
Turut layu menyembah bumi.

Siramilah ia semula
Suburkanlah kembali
Dengan baja kemaafan
Tapi usah kau lontarkan ia
Dengan batu keangkuhanmu
Kerana diriku sesungguhnya
Bukan keronsangmu........

Andainya ada sembilu
Yang pernah menusuk hatimu
Maaf aku pohon padamu.
Tapi kiranya ada madu yang terpalit padamu
Janganlah kau buangkan ianya,
Kerana ianya akan menjana mindamu...
Mengimbas memori kita semua bersama
Lantas menjernihkan suasana
Yang mengeruhi kolam pertalian ini.

Persahabatan yang terjalin kini
Hasil kemesraan kita semalam
Andainya ia hancur di ambang esok
Pastinya kita  akan bermusuhan.

Tiada ku tahu isi hati kau sebenarnya
Menganggap keakraban kita selama ini
Mungkin hanyalah satu permainan
Dan bukannya mahar dalam persahabatan.

Apa lagi yang perlu aku katakan
Hanya maaf  maaf dan maaf
Tidak terkeluar kata kata di depan kau.
Hanya aku mampu luahkan di sini
Kerana keberanian belum menebal lagi.

Bukan aku ego mahupun keras hati
Tapi jiwa ku sangat terusik kini
Bukan aku dendam mahupun benci
Tapi ia perlukan masa beberapa hari.


Thursday, August 4, 2011

KEKUATAN USAH DITUNGGU TAPI PERLU DI CARI

Hari ini masuk ramadhan yang keempat. Selamat berpuasa aku ucapkan bagi sesiapa yang sedang berpuasa. Baru ramadhan yang keempat tetapi lagu raya sudah berkumandang sana sini.! ok masing masing ada pandangan masing masing dalam hal ini. jadi tak perlu lah aku bagi pandangan aku dalam entry ini atas menghormati pandangan mereka..


ok balik pada tajuk kat atas, aku merasakan yang kekuatan aku sedang di uji dalam bulan ramadhan ini. Bukan sebab berpuasa tetapi..................... adakah ini ujian yang allah bagi sempena bulan puasa ke atas diri aku.? mungkin.Adakah kehidupan ini permainan dalam pelbagai adengan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian allah? hurmmm.. Segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. aku sedar aku bukanlah seorang yang alim lagi warak. syurga atau neraka..dimanakah tempat aku ? huhh.. 


setiap hari aku ketawa.

setiap hari aku jumpa kawan kawan.

setiap hari aku dapat apa yang aku cuba inginkan.

setiap hari aku dapat  melihat keindahan alam.tapi tak semua.

tetapi...kenapa hati aku masih tak gembira.?


orang yang tersenyum tidak semestinya dia gembira tetapi orang yang gembira pasti tersenyum kan..aku? sejak dua menjak ni, senyumlah banyak macam mana pun tetapi hati aku tak gembira. mungkin sebab hati aku tak bersih .mungkin. Aku tak tahu lah kenapa dengan diri aku ni. Masalah hormonkah? huhhh.. aku percaya setiap yang bermula pasti akan berakhir. mungkin sekarang aku tersenyum tetapi tak gembira,akan datang aku percaya aku pasti gembira dan pastinya tersenyum ! macam yang aku cakap tadi, setiap yang bermula pasti akan berakhir. setiap kesedihan akan berakhir dengan kegembiraan, apa yang susah akan menjadi senang di akhirnya, jika aku terluka hari ini, tidak bermakna aku akan terluka untuk selama lamanya.kan?  kadang kadang tuh apabila aku di uji,aku merasakan aku cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya aku cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Adakalanya aku berupaya melepasi ujian itu,dan adakalanya aku tidak berdaya menghadapinya sehinggakan merungut dengan apa yang berlaku..haishh!


kerdilnya aku dirasakan,
kapal diri tidak mampu dinakhodakan,
berirama sungguh bisikan syaitan,
akal terlena nafsu dikejutkan.

jiwa meronta tertanya tanya pada sang Tuhan,
adakah ini fitrah sebagai manusiawan,
kadang ikut Tuhan kadang ikut syaitan,
pangkalnya iman jiwa tidak keruan.


Aku tak nafikan,ada ketika aku sendiri tak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan aku hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa timpa. Aku malas nak buat kerja. Aku malas nak pergi kolej. Nak bercakap pun kadangkala aku tak terdaya. Lihatlah betapa lemahnya aku. Semalam kelas petang aku ponteng sebab aku tak ada mood nak belajar..Kepala aku serabut.huhh. Kenapa dengan aku nie. Rasa nak marah pada seseorang tuh bersarang sarang di hati. Tapi aku cuba tahankan. Hurmm..


jika aku boleh terbang di angkasa,
ingin aku lihat bumi allah yang indah,
kehijauan tumbuh tumbuhan,
lautan yang indah dengan warna birunya.

aku rebah di buai hati yang lemah,
aku leka dengan keindahan,
sehinggakan aku lupa untuk mencari kekuatan.


sakit atau terluka hati tersebut pasti akan berakhir cuma ianya memerlukan masa, selama mana masa yang diperlukan untuk sembuh? ianya bergantung pada kekuatan aku. Kekuatan usah di tunggu tapi perlu di cari.. Ya aku pasti akan dapat kekuatan aku! Mungkin ini ujian yang allah bagi untuk mematangkan aku sebagai seorang hamba untuk meniti kehidupan kelak. orang yang matang akan menghadapinya kan? umur aku pun sudah 20 tahun. bukan belasan tahun lagi. Bukan anak anak kecil seperti dulu. Aku sudah dewasa kini,pemikiran aku perlu seiring dengan usia aku..


Wahai sang Tuhan,
Ku tangisi ombak harapan,
Ku titip dalam sebuah kiriman,
Agar dibersih nista dari insan,
Biar pengakhiranku dalam keindahan,
Agar hidupku tidak hilang keredhaan.

Tangan di tadah,
Dahi ketanah,
Hati pasrah.