Hai Bulan, lihat sini di jari aku ada apa,
ini hati engkau yang semalam kau pesan,
untuk aku perhati-hati dan jaga-jaga.
dan itu, telah aku lakukan.
Hai Bulan, mari sini rapat sedikit pada aku,
ini masih berdarah, katamu, baru dikeluarkan,
untuk aku pertontonkan tiap saat peliharakan itu.
dan itu, telah juga aku lakukan.
Hai Bulan, dekat sini kerana aku ada tanya,
inikah hati engkau yang masih merah untuk disimpan,
untuk aku perhati pertonton buat selama-lama?
kerana itu, telah juga sudah aku lakukan.
Hai Bulan, jawab sini dan jangan engkau kaku,
ini yang kau sebut suci demiku apakah mainan,
untuk aku, kau olok-olok, bodoh-bodoh, batu-batu ?
kerana itu,telah juga sudah aku selesai lakukan.
ini di jari aku bukan hati merah berdarah suci,
cuma tembikar, bersalut getah manggis warnanya.
Lihat sini, mari sini, dekat sini, jawab sini.
kerana setelah sudah selesai aku lakukan semua,
ku mahu tahu mana sebenarnya KAU PUNYA HATI ?!!
Followers
Tuesday, November 13, 2012
Wednesday, November 7, 2012
Bulan Bijaksana =)
Dia
lelaki.
Hadirnya
tiada dinanti.
Perginya
buat hidup terasa sunyi.
Walau
bukan dicintai, dikasihi itu pasti.
Betapa
singkat perkenalan kita tapi dia sudah melekat dalam satu sudut hati.
Betapa
puakanya dia disebalik keramahan itu.
Terselit
sejentik kesedihan dek orang yang disayangi melarikan diri.
Senyum
tawanya sentiasa terselit dibalik tiap kata,
Menutup
luka yang sudah buat jiwanya parah.
Kawan
disisi mengelilingi memberi sedikit magis penawar hati.
Untuk
dia membina kekuatan untuk bangun kembali.
Dia
perlu bangkit dan menatap BULAN kesayangannya.
Perlahan
berjalan sebelum kembali berlari merasai angin yang mendayu mengusapi diri
Ahh,dia
lelaki.
Bisa
saja buat hati beku sang gadis cair dengan olahan tutur manisnya.
Dengan
kerdipan mata sepetnya.
Dengan
perangai gila-gila serta puaka.
Mampu
saja dan pasti ada yang memerhatinya dalam diam.
Bisa
saja buat seorang sahabat yang kesedihan meletuskan tawa
menggambarkan jiwa
gembira.
Bisa
saja dia buat seulas bibir mulus terukir senyuman kembali
walau mutiara jernih
masih mengalir di pipi.
Ahh,engkau
lelaki.
Kawan
tiap detikku.
Peneman
saat ku perlu,
Lawan
di medan pertarungan itu,
Kekasih
gelap tika cahaya menghilang.
Betapa
besar peranan kau di sisi kini,
Tanpa
disedari kedatanganmu dulu yang tiada dijemput membuatkan kau sukar dilepaskan
kini.
Kau
lelaki.
Moga
persahabatan kita takkan terhenti.
Walaupun
kau sudah putih rambutnya.
Sudah
tanggal semua giginya.
Beristeri
lebih daripada dua.
Bertongkat
sambil menggelek cicit pula.
Kumohon
kau lelaki.
Agar
tahap sindiran sinis dan gurauan puaka itu tidak akan hilang ditelan masa.
Semoga
kita dapat berjumpa suatu hari nanti..
Ya..Suatu
hari nanti.
Tuesday, November 6, 2012
Aku gadis gagah
Ketika kehidupan memberi seribu alasan untuk menangis, tunjukkan bahawa kita mempunyai sejuta alasan untuk tersenyum. Indahnya hidup bukan kerana seberapa banyak orang mengenal kita, namun seberapa banyak orang bahagia kerana mengenal kita. Kerana hidup yang penuh inspirasi ialah hidup fokus pada saat ini dan tidak menghabiskan tenaga mengenang masa lalu dan menyesal dan menyalahkan. Anggap semua yang berlaku sebagai satu pelajaran yang membuat siapa kita hari ini. Masa lalu bukan penentu siapa kita pada masa akan datang. Dia yang dulu hanya sejarah. Dia yang sekarang mungkin masa depan. Bersyukur dan menghargai.
Mereka yang tabah adalah mereka yang mampu tersenyum diwaktu pagi seperti dia TIDAK menangis SEMALAM. Yakinlah walau sakit nya terlalu, nanti KEMANISANNYA juga akan berganda. Terimalah kesusahan yang sedikit demi kebahagiaan yang lebih baik dan abadi. peace.
Cerita parut takkan terfaham oleh siapa-siapa. Disimpan sakit, di ludah tiada mengerti.
Makanya di jilat saja. Pengalaman mendewasakan, bukan semakin membutakan .
Makanya di jilat saja. Pengalaman mendewasakan, bukan semakin membutakan .
Monday, October 29, 2012
Mereka itu kejam
Aku simpan seranahmu dalam liang telinga,
dengan harap yang aku gunungkan dari sebutir zarah hati,
semoga diciptakan tuhan suatu hari nanti untuk aku,
ambilkan semula dan paksa kau jilat kembali.
Aku pegang cacianmu dalam salur kerongkong,
dengan mimpi yang aku campingkan dari secebis ngilu,
semoga dikenankan tuhan suatu hari nanti untuk engkau
dapatkan semula dan kunyah setiap satu persatu.
Kerana bahasamu yang kau pinjam dari iblis itu,
terlalu indah bunyinya sehinggakan aku mahu sekali,
simpankan dan pegangkan sehingga suatu masa
yang kau jilat dan kunyahkan dengan hina.
Kerana aku tidak reti untuk mati,
semata mata untuk lidah yang kau sewa dari neraka.
Kerana aku tidak akan mahu mati,
selagi yang benar tidak memberi aku syurga.
dengan harap yang aku gunungkan dari sebutir zarah hati,
semoga diciptakan tuhan suatu hari nanti untuk aku,
ambilkan semula dan paksa kau jilat kembali.
Aku pegang cacianmu dalam salur kerongkong,
dengan mimpi yang aku campingkan dari secebis ngilu,
semoga dikenankan tuhan suatu hari nanti untuk engkau
dapatkan semula dan kunyah setiap satu persatu.
Kerana bahasamu yang kau pinjam dari iblis itu,
terlalu indah bunyinya sehinggakan aku mahu sekali,
simpankan dan pegangkan sehingga suatu masa
yang kau jilat dan kunyahkan dengan hina.
Kerana aku tidak reti untuk mati,
semata mata untuk lidah yang kau sewa dari neraka.
Kerana aku tidak akan mahu mati,
selagi yang benar tidak memberi aku syurga.
Monday, September 17, 2012
Marathon Raya 2012
Assalamualaikum =)
Pada mulanya aku menyangka raya pada tahun ni adalah raya yang paling worst bagi aku. Aku tak rasa langsung kehangatan raya pada tahun ni. Mungkin salah satunya aku sibuk dengan praktikal sehingga kelengkapan raya langsung aku abaikan. Baju raya pun aku beli pada malam raya. Sepangjang kat muar aku tak dengar langsung lagu lagu raya. Kalau kat seremban hari puasa kedua dan ketiga dah memekak lagu lagu raya kat sini (over pulak kan) huhu.. TAPI sejak adanya MARATHON RAYA 2012 aku nak tarik balik kata kata aku..Raya tahun ni paling best woii.. kenangan aku dengan kawan kawan sekelas. setelah LIMA BULAN terpisah disebabkan praktikal. Satu perkara yang kami mempunyai persamaan adalah "kaki jalan" lagi jauh perjalanan itu,lagi fun !! Banyak kenangan tercipta. Ini adalah tahun akhir untuk kami serapat ini. Lepas ni mungkin masing masing mempunyai kehidupan masing masing..sobbss!
Marathon bermula dari Batu Pahat - Segamat - Gemas - Bukit rokan - KL dan Nilai. Kami berMarathon raya selama dua hari. sangat penat tapi memuaskan! thankssss so muchh! ok, biarkan gambar berbicara. yihaa.

![]() |
| bersama cik anisa. kami selalu bermain minda. i loikee ur opinion bebeh..muaahhh. |
![]() |
| boleh dijadikan cerita pada gambar ni. seolah olah aku menahan kentut, seterusnya melepaskan keledakkan dan burssttttt.. dan kak ika merasai kenikmatannyaa..wowww..fantastik bebeh..kui kui kui.. |
harharhar. ok done! raya tahun ni paling superb ! thanks korang semua sanggup datang kampung halaman ku, dan kita berjimba jimba bersama. sayang sahabat :'( pasti merindui gurauan kasar halus lembut belaian manja manja itu semuaa. ukhwah fillah abadan abada :)
p/s : Boleh kLik pada gambar untuk pembesaran. itu saja.hihi
Monday, September 10, 2012
Berdoa :')
Ya Allah, kuatkan diriku ketika sedih dan susah.
Berikan aku petunjuk untuk membezakan kebaikkan dan keburukkan ketikaku memerlukan jalan kebahagiaan.
Jadikanlah aku manusia yang semakin tabah untuk mengharungi hidup yang mendatang.
Amiin ya rab..
Sunday, July 15, 2012
kusut yang terancang
Takkan ada apa.
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa,
bikinlah apa,tetap kau terbang.
takkan ku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,
takkan ku suruh apa apa =)
takkan ku izin tubuh dibuka,
takkan ku pamer reput di dada,
takkan ku rebah,
takkan ku goyah,
takkan ku biar tubuh didarah.
cuba untuk menjadi gagah ,
tapi dipaksa untuk menangis.
kejam.
Subscribe to:
Posts (Atom)








