Followers

Saturday, December 17, 2011

Lawatan Muzium Anatomi

Assalamualaikum...

Semalam aku dan pelajar Diploma Teknologi Makmal Perubatan (DTMP) ada pergi UKM. Kami ke sana untuk melihat isi isi muzium anatomi. Tapi agak sedih gambar tak dapat ambil banyak sebab atas sebab sebab tertentu. Yang dapat ambil ni pun gambar gambar curi..teheee..syutttt..

Ok. Masa kat dalam muzium anatomi, aku  berasakan seperti aku berada dengan mayat yang masih hidup tetapi tidak lagi bernyawa,HAHA! Mengikut En Saiful Ridzuan yang memberi penerangan tersebut,segala bahan atau otot-otot yang berada di dalam ini adalah 90 peratus dari badan manusia sebenar yang meninggal dan tidak di tebus kembali oleh waris dan keluarga si mati dalam tempoh 2 minggu dari tarikh kematian.

Kebanyakan mayat dan organ yang terdapat di dalam ini adalah hasil daripada kajian para pelajar dan pegawai di dalam Hospital Universiti Malaysia tersebut. Mereka banyak menggunakan model sebenar dan banyak membuat spesimen yang benar-benar ketika di uji kaji. Mayat untuk di buat kajian dan spesimen ini adalah di ambil daripada Hospital Besar Kuala Lumpur sendiri.

Apa yang dapat aku lihat di dalam ini semua adalah benar dan membuatkan aku  jelas terhadap apa yang aku belajar selama ini.Lepas tuh kami di benarkan melihat sendiri mayat yang sebenar dan menyentuh mayat yang sebenar. Di situ dapat melihat keadaan otot-otot dan kedudukan otot sebenar. Selain daripada otot,kami dapat juga lihat tulang-tulang manusia sebenar dan kedudukan tulang di dalam badan manusia.Kami juga di beritahu secara terperinci mengenai penghasilan dan pengawetan tubuh badan manusia di dalam ini.wahhh..sangat menarik taw.


Ini adalah salah satu contoh spesimen yang ada dalam muzium anatomi. Mengikut apa yang diterangkan baby ini berasal dari singapore. Ibunya meninggal excident. Bayi ini keguguran dan tidak di tuntut. Baby ini jika masih hidup tahun ini berusia 36 tahun.fuhhh.

Ini adalah bahagian-bahagian otak manusia yang di awet.
jeng! jeng! jeng! Mayat yang telah di awetkan..HOHO.


Okay.. gambar yang lain kat dalam muzium ni aku tak dapat ambik. Nie jek yang sempat..heuheuehu..

No comments: