Followers

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu

Sedih! aku tak dapat balik untuk sambut hari ibu dengan mak ku tercinta..Lagi sedih sebab tak dapat sambut besday mak..uwaaa!! rindu sangat sangat kat mak..:(
Mak tiap tiap malam sebelum tido akak mesti doakan kesejahteraan mak..Tak pernah pun akak lupekan mak..sayang makk!! Mak walaupun akak dah besar dan umur akak dah 20 tahun tapi akak masih budak budak kecil depan mata mak kan..Setiap kali akak nak balik seremban mesti mak yang nak kemas baju baju akak..Bila akak nak buat sendiri mesti mak terus ambik baju baju tuh semua..sayangnya kat mak..Makan pun mak suap sampai sekarang..Adik lagi ngelat hari hari dapat makan suap makk..:)

walaupun akak dah besar,akak masih perlukan petunjuk ke jalan kebahagiaan dunia dan akhirat,mak yang selalu mengajar erti kekuatan.. Restu dan doa yang mak iringkan,.sayang makk! Tak kira akak senyum,ketawa dan sedih ,mak selalu ada untuk akak..Bila akak sedih + down ( teringat masa akak frust putus cinta..hahaha) mak yang selalu berikan semangat dan kekuatan..Even akak masetuh tak dapat terima kenyataan dan memberontak,mak jugak dapat handle akak jadi cool dan tersenyum sampai sekarang..Lihat lah anak mu yang dulu jatuh kini sudah bangkit semula! Terima kasih mak atas segalanya..Jasa mak akan akak kenang..Doakan akak supaya tidak lupa jasa mak itu semua ya..AKAK SAYANG MAK..DULU KINI..SELAMANYA..

IBU KU YANG TERCINTA.. I LOVE YOU SO MUCH..MUAHH! MUAHH! MUAHH!

YA ALLAH YA TUHAN KU..
Rendahkanlah suara ku,perindahkanlah ucapanku dan lembutkan hatiku untuk ibuku PUAN AZIZAH BINTI RAKIMIN..KAU berikanlah ia balasan yang sebaik baiknya atas didikanya kepadaku..
Peliharalah dia sebagaimana dia memelihara aku..

YA ALLAH YA TUHANKU..
Ampunilah segala dosa dosanya dan kasihanilah dirinya sebagaimana dia mengasihani aku sejak dari kecil lagi..Panjangkanlah usianya, murahkan rezekinya, dan berikanlah  keberkatan dunia dan akhirat ke atas kami sekeluarga...Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung dan Engkaulah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih..

MAK..kau seorang wanita yang bermahkota IBU,
Mak yang sentiasa mengenggam jari jari ku sejak dari kecil sehingga kini,
Ikatan ini tidak akan pernah sekali terurai kerana tautan ini adalah tautan darah dan akidah..

Mak ku sayang..Peganglah tangan ku ini dan biarku bawa mu menjelajah..
Hasil titik peluh mu itu,biar ku bawa ke alamku..
ukiran senyumanmu selama ini sentiasa dalam hati ku..

Dodoian mu itu telah membina benteng pemisah antara yang hak dan yang batil,
Membakar semangat perjuangan,
Mengait kasih pada junjungan Tercinta,
Tersujud lemah mengabdi diri,
Kepada Yang Maha Esa.

Jika belum pernah kau dengar ucapan terima kasihku,
Ketahuilah doaku ini.
Moga tuhan sentiasa menyayangimu
sepertimana kau mengasihiku,
Dari dulu sehingga kini
Untuk selama lamanya..

AMIN YA RABBUL ALAMIN...

No comments: